To Reach The Top, Make No Excuses..
Sungguh kurasa, betapa Pengasihnya Engkau Ya Tuhanku.. betapa Penyayangnya Engkau Ya Tuhanku.. Engkau sentiasa kabulkan permintaanku, sentiasa kabulkan doa setiap hamba-Mu..sehingga akupun percaya, dan sangat percaya,bahawa Engkau pasti akan kabulkan impianku jua.. impianku..impian hamba-Mu Ya Tuhanku..
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)
“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “
“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”
“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”
“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”
“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”
“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”
Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. .. ‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”
“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.” “Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.” “Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.” “Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”
sEBUAH CERPEN.. Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.
Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut. “Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. “Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
...to be continue PART 2.....
-Credit to Restu Ibu atas nukilan yang memberi seribu iktibAR-
Wahai diriku . . . cinta mana yang kau kejar? Wahai diriku, kebahagiaan mana yang kekal untukmu? Wahai diriku yang egois, wahai diriku yang penuh maksiat, wahai diriku yang tak pernah bersyukur, wahai jiwa yang tamak Tuhan mana yang kau kira memberimu rezeki? Wahai diriku, syurga tuhan mana yang kau harapkan? Apa kau begitu memuja keindahan dunia yang fana Wahai diriku yang merasa cukup Nikmat mana yang telah kau syukuri? Jawablah wahai diriku terjawabkah kita???
Wahai diriku, betapa kau menjadi manusia yang angkuh.betapa dirimu selalu hanyut dalam tidur malammu yang panjang tanpa pernah menemui Rabb mu. Wahai diriku yang bahkan tak sanggup melawan panasnya api dunia, Apakah panasnya jahannam sanggup kau tahan wahai diriku? Apa yang membuat hati mu begitu mudah dikotori? Apa yang membuat lidahmu begitu menyakiti? Apa yang menghalangimu mendapatkan cinta Allah?
Wahai hatiku . . . bagai mana dengan mu? Apakah kau masih sibuk dengan impian-impian dunia dan melalaikan bekal akhiratmu? Berapa banyak bahasa Allah yang kau baca hari ini? Atau bahasa manusia menyempitkan perkataan mu hingga kau terlena? Apa khabar wahai diriku? Berapa amanah yang kau sia siakan hari ini? Wahai diriku.apa yang memberatkan langkah mu? Apa yang menghalangimu untuk menambah imanmu?
Lirik Nasyid Cahaya Hati oleh Opick
Allah engkau dekat penuh kasih sayang Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis Karna kemurahan-Mu Karna kasih sayang-Mu
Hanya bila diri-Mu Ingin nyatakan cinta Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu Kau selalu terjaga yang memberi segala
Allah Rahman Allah Rahim Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi Allah Rohman Allah Rahim Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Di setiap nafas di segala waktu Semua bersujud memuji memuja asma-Mu Kau yang selalu terjaga yang memberi segala
Setiap mahluk bergantung pada-Mu Dan bersujud semesta untuk-Mu Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu
Buta mata Tak nampak jalan di dunia Kerana tidak nampak cahaya Tidak tahu jua ke mana hendak dituju Samada ke hilir atau ke hulu.. Alangkah ruginya Menderita ke negeri yang abadi Tidak kembali ke dunia lagi Tiada gunanya penyesalan diri Lebih malang lagi jika hati pun buta
Petikan akhbar Harian Metro bertarikh 11 Ogos bersempana 1 Ramadhan.Adakah ini satu kebiasaan atau keluarbiasaan??
PUTRAJAYA: Seorang ibu tergamak ‘berkongsi dosa’ dengan anak lelaki kesayangannya apabila membiarkan pemuda itu bersekedudukan dengan teman wanita di rumahnya lebih tiga tahun sehingga menghasilkan empat zuriat haram. Perbuatan pasangan berusia awal 20-an itu terbongkar selepas penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang mendapat maklumat mengenai salah laku mereka menyerbu sebuah rumah di Serdang, dekat sini, kira-kira jam 11 pagi semalam. Lebih mengaibkan, ketika disoal siasat, pasangan terbabit dengan selamba memberitahu penguat kuasa Jais mereka bersekedudukan sejak sekian lama kerana tidak mempunyai masa untuk berkahwin secara sah dan mendaftarkan perkahwinan.
Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarop, berkata pasangan terbabit dipercayai bersekedudukan sejak lebih tiga tahun lalu sehingga memperoleh empat anak hasil zina yang berusia tiga, dua, setahun serta paling bongsu tiga bulan. “Penduduk di kawasan itu tertipu dengan perbuatan pasangan terbabit yang dipercayai menggunakan rumah ibu mereka untuk tinggal secara haram sehingga melahirkan anak luar nikah. “Kebanyakan penduduk menyangka pasangan terbabit sudah bernikah dan mengadakan majlis perkahwinan di tempat lain,” katanya.Shahrom berkata, dia terkejut dan hairan dengan sikap ibu lelaki terbabit yang langsung tidak mempedulikan dosa dilakukan anak di rumahnya. Menurutnya, ibu terbabit boleh dianggap bersekongkol dengan anaknya bagi mengelak kegiatan tidak bermoral terbongkar.
Buta hati lebih merbahaya Buta mata tidak nampak dunia Buta hati tidak nampak kebenaran Buta hati di tipu nafsu dan syaitan Bila menyebut neraka Tidak terasa akan gerunnya Bila menyebut syurga Tidak terasa akan nikmatnya Itu menunjukkan Jiwa kita mati atau buta….
“Saya percaya sikap ibu yang tidak kisah dan sayangkan anaknya itu secara berlebihan mendorong dia membenarkan anaknya bersekedudukan sehingga beberapa tahun,” katanya. Beliau berkata, siasatan juga mendapati lelaki terbabit bekerja manakala ‘isteri tidak halal’ itu menjadi suri rumah sepenuh masa di rumah ibu mentuanya. Menurut Shahrom, semua cahaya mata pasangan terbabit tidak memiliki sijil lahir dan beliau diberitahu, semua anak itu disambut ‘bidan misteri’ di kawasan berkenaan tanpa merujuk klinik atau hospital berhampiran. “Mereka berbuat demikian untuk mengelak salah laku mereka diketahui pihak berkuasa. Perbuatan pasangan terbabit boleh menimbulkan masalah kepada anak mereka yang sudah pasti sukar untuk memasuki alam persekolahan kerana tiada sijil lahir yang sah,” katanya.
Shahrom berkata, pihaknya menahan pasangan terbabit dan membawa mereka ke pejabat Jais di Shah Alam untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan Jais. Menurutnya, pasangan terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 25, Enakmen Jenayah Syariah Selangor kerana melakukan persetubuhan haram dan Seksyen 29 akta sama kerana melakukan khalwat. “Kami juga akan memanggil ibu dan bapa pasangan wanita terbabit bagi mengenal pasti punca kegiatan itu berlaku,” katanya.
Alhamdulillah selama 2 minggu diri ini berusaha menyesuaikan diri dengan penempatan baru, negeri baru, persekitaran baru, pekerjaan baru dan pemikiran pun kena berubah utk kearah memperberbaharui..Sudah 3x diri menghadiri meeting bersama Ketua executive Institut Sains Dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) iaitu tempat kerjeku.Diriku begitu kagum begitu teruja dengan bicara -bicara yang penuh hikmah.Dalam setiap ucapan penutupnyer tazkirah yg bagiku menyerap dlm jirim jirim hatiku.Betapa hidup ini perlu mencari keberkatan, apatah lagi sekiranya kita telah memegang amanah yang dibayar dengan harga.Mestikah amanah itu diperlekehkan…persoalan yg sentiase terfikir dibenakku,sementelah la diriku baru aje memasuki fasa pekerjaan sebagai seorang lecture.Setiap masa yg ditabur akan dibayar dengan wang.Bermula hari pertama diriku sudah beriltizam agar menjadi seorang yang paling jujur dalam melunaskan tanggungjawab kepada Allah swt terutamanya, selain kpd pihak pengurusan dan anak didikku. Di dalam mencari nilai dan menikmati keberkatan itu, sering ada yang tersasar, ada pula yang salah pengertian; tidak kurang juga yang hanya menumpukan pada suatu subjek dan yang paling malangnya bila merasai diri dalam keberkatanNya sedangkan hakikatnya tidak! Setiap kali sebelum kita menjamah makanan pun, kita pasti tidak terlepas membaca doa yang berbunyi "Ya Allah, berkatilah rezeki kami dengan apa yang Engkau berikan kepada kami dan jauhi kami dari seksaan api neraka.
SENTIASA MERASA CUKUP....rezeki yang berkat menjadikan seseorang itu sentiasa merasa cukup dan tenang walaupun bukan hidup dalam kemewahan.
Bermakna, kita memang mengharapkan makanan dan apa saja rezeki yang kita peroleh diberkati Allah.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Tiada seorang pun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperoleh salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa." (Hadis riwayat at-Tabrani).
Yang jelas, pengharapan kita untuk mendapatkan rezeki yang berkat menjadikan kehidupan kita lebih tenang, cukup dan sentiasa dalam naungan Allah. Rasulullah bersabda: "Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Justeru, dalam isu keberkatan, setiap Muslim perlu mempunyai sifat qanaah iaitu reda dan menerima apa saja tanpa menuntut perkara yang bukan keperluannya. Lawan kepada sifat qanaah adalah tamak. Ia menjadikan seseorang itu sentiasa cemburu dan dengki dengan rezeki orang lain. Maka, ucapan 'Alhamdulillah' perlu dilafazkan bagi menanam sifat qanaah supaya kita sentiasa menerima perkara yang baik.
Rezeki adalah ketentuan Allah kurniakan kepada hamba-Nya dari pelbagai sudut. Terdapat tiga kesudahan rezeki iaitu jika pakaian, lama kelamaan pasti ia terbuang, makanan menjadi najis atau menjadi bekalan di akhirat jika dibelanjakan ke jalan Allah.
Justeru, untuk menambah keberkatan kita perlu membiasakan diri dengan amalan bersedekah. Sifat pemurah akan memberikan ketenangan kepada diri selain turut disayangi orang lain.
Kita perlu ingat, harta yang kita miliki selama ini terdapat juga hak orang lain yang wajib ditunaikan.Kekayaan bukan terletak pada hebatnya harta seperti kereta mewah, rumah, tanah serta perniagaan yang dijalankan tetapi kekayaan iman yang mencerminkan kesederhanaan hidup.
Dari Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Allah berfirman kepada malaikat pembahagi (pengedar) rezeki kepada bani Adam: Mana satu hamba-Ku yang kamu temui menuju harapannya kepada Aku semata- maka jaminkanlah rezekinya di langit dan bumi. Dan mana satu hamba-Ku yang kamu temui sedang mencari rezekinya, sesungguhnya dia sedang menuntut keadilan, maka lorongkanlah jalan-jalannya tetapi jika dia menuntut selain dari itu, maka biarkanlah antara mereka dengan apa yang mereka tuntut itu, kelak mereka tidak akan memperoleh lebih daripada apa yang Aku tentukan untuk mereka itu." (Hadis riwayat Abu Naim).
Apabila rezeki tiada nilai keberkatan, kita sentiasa dalam suasana tidak mencukupi. Ada satu, mahu yang lain dan begitulah seterusnya namun tetap merasa kekurangan. Berkat bermaksud peningkatan serta penyuburan iaitu yang sedikit kita merasa seolah-olah banyak dan mencukupi.
Allah Maha Berkuasa untuk memberi, menarik, meluas serta menyempitkan rezeki sesiapa sahaja.Memang banyak hikmah rezeki yang berkat, antaranya menjadi punca termakbulnya doa.Ingatlah, jika Allah cepat memakbulkan sesuatu doa hamba-Nya itu, bermakna Allah amat menyayanginya. Jika Allah lambat memakbulkan doa, maka itu adalah satu ujian buat hamba-Nya manakala jika Allah tidak memakbulkan doa seorang hamba-Nya maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita.
Jadi, kita perlu sentiasa mencari keberkatan dalam hidup seharian kerana ia penting bagi menjamin kesejahteraan. Apabila mendapat keberkatan, kemurahan rezeki itu secara langsung dapat dinikmati.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Barang siapa yang ingin murah atau lapang rezekinya dan dipanjangkan umurnya, hendaklah ia menghubungkan atau menyambungkan silaturahim (sesama manusia) (Riwayat Bukhari).Kita jangan mendidik diri dengan sifat kedekut kerana ia menyempitkan rezeki.Rezeki amat berkait rapat dengan peribadi seseorang. Ia akan tertahan apabila mereka bergelumang dengan dosa yang dilakukan seharian tanpa bertaubat.Firman Allah yang bermaksud: "Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu." (Surah al-Baqarah ayat 168).
Bagaimana kehidupan kita jika sentiasa bergelumang dengan pendapatan haram? Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Setiap daging yang tumbuh dari bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya". (Hadis Riwayat At-Tarmizi).Seperti yang dijelaskan dalam sebuah hadis; apabila Said Bin Abi Waqas meminta agar Rasulullah mendoakannya supaya Allah memperkenankan doanya, maka Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Perelokan sumber rezekimu, pasti doamu dimakbulkan." Kadang kala kita hairan kerana umat Islam takut untuk memakan daging babi kerana ia adalah haram tetapi mereka selamba dan acuh tidak acuh apabila mengambil pendapatan haram.
"Setiap pekerjaan yang dilakukan janganlah sehingga mengabaikan ibadat asas seperti solat kerana ia menghilangkan keberkatan rezeki.Jika solat terabai, berat untuk sedekah, bersikap acuh tak acuh dengan pengeluaran zakat maka akan hilang nilai keberkatan itu sendiri.Keberkatan juga berkait rapat dengan cara dan proses seseorang itu mendapatkan rezekinya tidak kira apa saja pekerjaan yang mereka lakukan.
Tanda keberkatan adalah semakin banyak mereka menerima sesuatu, semakin taat mereka kepada Allah dan semakin baik hubungan dengan orang di sekeliling. Bagi mereka yang bekerja di pejabat, mereka perlu mematuhi peraturan iaitu cukup masa bekerja, tuntutan kerja lebih masa dibuat dengan betul serta tidak mencuri tulang.Selain itu, beliau berkata pelaksanaan kerja juga perlu sentiasa betul agar yang menurut perintah Allah s.w.t.Dalam perniagaan misalnya, jika pelaksanaannya tidak betul seperti unsur penipuan dan riba' dalam pengurusan, pasti hasilnya tidak sah.
"Kerja yang berkat dan sempurna sentiasa melaksanakan perintah Allah. Firman Allah yang bermaksud: "Dan katakanlah (Wahai Muhammad): "Bekerjalah kamu. Nanti Allah akan melihat pekerjaanmu serta Rasul-Nya dan orang-orang Mukmin. Nanti kamu akan di kembalikan kepada Yang Mengetahui yang ghaib dan yang hadir, lalu dikhabarkan-Nya kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". (Surah at-Taubah ayat 105).
Allah mengurniakan kepada manusia pelbagai bentuk rezeki seperti wang, pangkat mahupun kuasa. "Manusia perlu menitikberatkan usaha mencari rezeki halal supaya hidup bertambah berkat di dunia dan akhirat.Apabila sumber itu halal, maka lahirlah perbuatan mulia. Manakala jika makanan itu berpunca dari sumber haram, akan lahirlah perbuatan tercela.