I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, September 24, 2010

Diari Sang Hawa-Part 1



Gambar ini yang paling diminati.

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Thursday, September 23, 2010

Secangkir Cinta.. bersulamkan Rindu-ParT 2



Begitulah manusia,
Sibuk mengejar cinta insan,
Sehingga lupa memburu cinta Tuhan,
Tuhan yang telah memberi nikmat kepada kita,
Tuhan yang telah menjaga dan mengawasi kita,
Tuhan yang telah memberikan nyawa untuk kita hidup di dunia,
Tuhan yang terlebih dahulu mengasihi kita sebagai hambanya,
Layakkah cinta ini kita berikan kepada manusia,
Andai cinta Tuhan kita pinggirkan.

Biarpun cinta pada si dia itu tegar,
Biarlah cinta itu dituluskan niat kerana Allah,
Cinta itu anugerah Tuhan,
Fitrah insan sebagai jalan mendekatinya.

Justeru, dari sibuk mengejar cinta insan,
Bila mati ia akan ditinggalkan,
Bahkan, sering mengecewakan…
Jadi, burulah cinta Tuhan,
Cinta Tuhan berbalas pasti,
Bahagia menanti kekal abadi.

Secangkir Cinta.. bersulamkan Rindu-ParT 1



Secangkir cinta bersulamkan rindu,
Bertemankan ayat-ayat cinta menusuk kalbu,
Si teruna sibuk mengejar cinta si dara,
Si dara asyik menagih kasih teruna,
Begitulah fitrah insan,
Syurga cinta sentiasa menjadi buruan.

Cinta,
Sungguh indah untuk dilafaz dan didasari nikmatnya,
Kalimah penuh makna terhimpun segala rahsia,
Mudah sekali mulut insan melafazkan,
“Oh dinda, aku cinta padamu,”
“Biarpun lautan api sanggup kurenangi,”
“Berikanlah aku secebis cintamu,”



....bersambung ke PART 2....

Wednesday, September 22, 2010

HAdiRnYa CiNta InSAN,ANugeRah KuRNiAanNYA






Tidak dinamakan cinta suci jika nafsu menjadi sandaran utama.

Bukan membuang perasaan fitrah insani mahu mencintai dan dicintai, namun tahu dan sedar di mana sasaran pengakhiran konsep cinta yang di bawa itu. Rumah tidak dibangunkan dalam masa sehari, cinta suci memerlukan perlakuan yang disaluti kesabaran tinggi, di mana terlatih sepanjang masa bersama keimanan yang kental dan utuh.





Dalam Islam cinta dan keimanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Cinta yang berlandaskan Iman akan membawa seseorang kepada kemuliaan, sebaliknya cinta yang tidak berlandaskan Iman akan menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan. Cinta dan keimanan laksana kedua belah sayap burung. Imam Hassan Al Banna mengatakan bahawa: “Dengan dua sayap (Iman dan cinta) inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan”



Bagaimana tidak, jikalau Iman tanpa cinta akan pincang, dan cinta tanpa Iman akan jatuh ke jurang kehinaan. Iman tidak akan terasa lazat tanpa cinta dan sebaliknya cinta pun tidak lazat tanpa Iman. Kalau sudah tahu diri ini tidak terbaik di pandangan mata manusia, kenapa tidak berusaha menjadi sebaik mungkin dalam menambah fungsi diri mencapai kebaikan di sisi Dzat Allah Taala?


Kalau sudah tahu dan pasti diri tidak mampu memiliki pasangan soleh dan solehah, kenapa tidak mencari kurang soleh dan solehah, dan berusaha merubah menjadi soleh dan solehah? Berusahalah menjadi soleh dan solehah terlebih dahulu, pasti takdir ketentuan-Nya untuk anda dengan insan solehah dan soleh.

Bait-bait lagu Permata yang dicari


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

-MEMBURU CINTA HAKIKI-

Thursday, September 16, 2010

FoR The ReSt Of My liFE -ParT 6


Di Teratak menghijau ini seramai 6 beradik dibesarkan.6 beradik (2 puteri dan 4 putera diraja) yang dilimpahkan kasih sayang ayah dan bonda.Teratai menghijau yang terletak di Kampung Pohon Buloh, Km4, Jalan Meranti, Pasir Mas. Kelantan Darul Naim;-)

Disinilah zaman kanak-kanak yang kami bersama adik beradik habiskan.



Dengan NamaMU Ya Allah, diriku bersyukur dengan segala nikmat kurniaan daripadaMU.Segala yang ENGKAU kurniakan adalah terbaik utk diriku.Berakhirlah disini For The rEST OF mY lIFE SEMPENA MUSIM RAYA.Nyata hati ini terlalu berbunga, seperti taman menyambut Syawal nan indah.Segala kemanisan bercuti dikampung kali ini akan disimpan dalam lipatan.Hari ini 16 September, berakhir sebuah Majlis Sambutan Hari Lahir buat diriku dan adik.Jauh disudut hati terase berat sangat untuk meninggalkan kampung halaman.Berat hati, berat rase, berat perasaan..aduh malam ini akan berabgkat ke Bandar Penawar Johor.Mungkin seminggu akan datang ini diriku akan diterjah dengan pelbagai tugasan penting.Sempena peningkatan usia jua, diriku menyimpan iltizam yang tinggi.Iltizam yang dipateri rapat dalam sanubari ini.Hanya MAHA PENCIPTA MENGETAHUI apa yang terbaik utk hambaNYA yang daif dan kerdil ini.Segala pengharapanku hanya PADAMU.Amin.Diriku tidak akan berputus asa, tidak akan kenal erti putus harapan dalam berdoa memohon yang terbaik disisiMU.Apa yang terbaik disisiMU adalah yang paling terbaik untukku.


i belive i can fly
i belive i can touch the sky
i think about it every night and day
spread my wings and fly away
i belive i can saw
i see me running through that open door
i belive i can fly, i belive i can fly, i belive i can fly



Wahai manusia..
Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya..
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Wahai manusia..
sedarlah..
Kita Allah punya..
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya...
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan..
Apa yang telah ada..





Wahai manusia..
Mengapa perlu bongkak..
Mengapa perlu angkuh..
Mengapa kita sombong..
Memiliki Allah punya..
Mengapa tidak malu..
Kepada Allah yang empunya

Wahai manusia..
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia yg punya..

Wahai manusia..
Janganlah berbangga..
Apa yang ada pada kita..
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa


Janganlah mengungkit..
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Wahai manusia..
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga..
Bukan rakus..
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Wahai manusia.
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Yang indah..
Anakanda Nur Ismilida puteri Drs Ab Aziz Hj Omar & Nor Hayati Ab Ghani

FoR The ReSt Of My liFE -ParT 5



Beginilah suasan malam hari raye kedua.Mengadakan Majlis kesyukuran dan sambutan hari jadi puteri kedua kepada Muhammad Amiin Ridhuwan dan Nurul Fazrina.Puteri yang bernama Nur Alya Batrisya iaitu anak saudara Cik Mie.hehe.Alya dilahirkan pada 14 September.

Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan syaang


Firdaus Asyraf tak sabar utk menyambut hari lahirnya pada 23 September.

Nyum2 kek buah nie, nama lagi kek import, mestila sedap..


Yang nie kek original. Hasil tangan bonda Nor Hayati Ab Ghani bersama puteri sulungnya, Nur Ismilida sbg pendecorate.Kek ini diciapkan pada petang hari raya ke-5 sempena utk Majlis Hari jadi Kami berdua (kak emi & adik).Kiranyer sambutan hari jadi awal 2 hari dari masa yang sebenarnye iaitu pada tanggal 18 September.Yang penting dapat sambut bersama keluarga tersayang. Kalau disingkap sejarah dan kenangan terdahulu dari Cik Emi kecik sampailah ditahun 6, Majlis hari jadi pasti dilakukan.Al-maklumlah time dan ketika itu, Cik Emi seorang puteri kepada Ab Aziz Hj Omar & Nor Hayati.Sekarang bila dah dapat adik perempuan iaitu Nur farah Izzati, takhta diserahkan kepadanya. Lagipun Cik Emi dah besar memanjang.

Bab mendekorasi kek nie part Cik Emi la, suka melihat pada yang cantik dan membahagiakan orang sekeliling.InsyaAllah

Sebelum melangkah ke Bandar Penawar sempat mengadakan majlis keraian bersama keluarga.Majlis sempena Hari lahir kami berdua.



Kek coklat yang dibuat sendiri lain rasenyer...ia terbit dari keikhlasan dan kasih sayang ma dan cik ismi.


Hari yang terbaik bila keluarga meraikan majlis hari lahir kami berdua;-)

FoR The ReSt Of My liFE -ParT 4


Sebuah keluarga adalah tempat pertama kita belajar, sebuah keluarga yang baik dapat menciptakan sebuah generasi yang baik pula. Tak dapat dipungkiri bahwa peranan Orang tua sangat berpengaruh dengan tumbuh kembangnya sikap dan mental seorang anak.

Adapun sebuah keluarga yang baik selalu memberikan tauladan dalam kesehariannya, dalam tingkah laku dan juga dalam beribadah.
Sambutan raya dirumah nenek sebelah ayahanda dan bonda, sekitar Kampung Kubang Bemban Pasir Mas & Kampung Banggol Nangka, Pasir Mas Kelantan.






Tuesday, September 14, 2010

FoR The ReSt Of My liFE -ParT 3

Alhamdulillah..syukur dgn segala nikmat kurniaan drpdNYA.Raya tahun nie, ana dapat memperuntukkan saguhati utk insan-insan tersayang disekeliling ana.Melihat diaorang tersenyum kegembiraan membuat hati ini puas.Rezeki utk diaorang jua.
Hadiah untuk ayahanda tersayang, Drs Ab Aziz Hj Omar

Hadiah untuk bonda tersayang, Nor Hayati Ab Ghani


Seutas jam tangan untuk abang dan kakak ipar


Bersama anak-anak buah

Saguhati buat Muhammad Omar Syafiq Ab Aziz

Saguhati buat Muhammad Syarifuddin Ab Aziz


Bersama adik tunggal pompuan iaitu Nur Farah Izzati Ab Aziz


Adik yang bongsu iaitu Muhammad Firdaus Asyraf Ab Aziz