I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, September 16, 2010

FoR The ReSt Of My liFE -ParT 6


Di Teratak menghijau ini seramai 6 beradik dibesarkan.6 beradik (2 puteri dan 4 putera diraja) yang dilimpahkan kasih sayang ayah dan bonda.Teratai menghijau yang terletak di Kampung Pohon Buloh, Km4, Jalan Meranti, Pasir Mas. Kelantan Darul Naim;-)

Disinilah zaman kanak-kanak yang kami bersama adik beradik habiskan.



Dengan NamaMU Ya Allah, diriku bersyukur dengan segala nikmat kurniaan daripadaMU.Segala yang ENGKAU kurniakan adalah terbaik utk diriku.Berakhirlah disini For The rEST OF mY lIFE SEMPENA MUSIM RAYA.Nyata hati ini terlalu berbunga, seperti taman menyambut Syawal nan indah.Segala kemanisan bercuti dikampung kali ini akan disimpan dalam lipatan.Hari ini 16 September, berakhir sebuah Majlis Sambutan Hari Lahir buat diriku dan adik.Jauh disudut hati terase berat sangat untuk meninggalkan kampung halaman.Berat hati, berat rase, berat perasaan..aduh malam ini akan berabgkat ke Bandar Penawar Johor.Mungkin seminggu akan datang ini diriku akan diterjah dengan pelbagai tugasan penting.Sempena peningkatan usia jua, diriku menyimpan iltizam yang tinggi.Iltizam yang dipateri rapat dalam sanubari ini.Hanya MAHA PENCIPTA MENGETAHUI apa yang terbaik utk hambaNYA yang daif dan kerdil ini.Segala pengharapanku hanya PADAMU.Amin.Diriku tidak akan berputus asa, tidak akan kenal erti putus harapan dalam berdoa memohon yang terbaik disisiMU.Apa yang terbaik disisiMU adalah yang paling terbaik untukku.


i belive i can fly
i belive i can touch the sky
i think about it every night and day
spread my wings and fly away
i belive i can saw
i see me running through that open door
i belive i can fly, i belive i can fly, i belive i can fly



Wahai manusia..
Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya..
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Wahai manusia..
sedarlah..
Kita Allah punya..
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya...
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan..
Apa yang telah ada..





Wahai manusia..
Mengapa perlu bongkak..
Mengapa perlu angkuh..
Mengapa kita sombong..
Memiliki Allah punya..
Mengapa tidak malu..
Kepada Allah yang empunya

Wahai manusia..
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia yg punya..

Wahai manusia..
Janganlah berbangga..
Apa yang ada pada kita..
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa


Janganlah mengungkit..
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Wahai manusia..
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga..
Bukan rakus..
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Wahai manusia.
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Yang indah..
Anakanda Nur Ismilida puteri Drs Ab Aziz Hj Omar & Nor Hayati Ab Ghani

FoR The ReSt Of My liFE -ParT 5



Beginilah suasan malam hari raye kedua.Mengadakan Majlis kesyukuran dan sambutan hari jadi puteri kedua kepada Muhammad Amiin Ridhuwan dan Nurul Fazrina.Puteri yang bernama Nur Alya Batrisya iaitu anak saudara Cik Mie.hehe.Alya dilahirkan pada 14 September.

Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan syaang


Firdaus Asyraf tak sabar utk menyambut hari lahirnya pada 23 September.

Nyum2 kek buah nie, nama lagi kek import, mestila sedap..


Yang nie kek original. Hasil tangan bonda Nor Hayati Ab Ghani bersama puteri sulungnya, Nur Ismilida sbg pendecorate.Kek ini diciapkan pada petang hari raya ke-5 sempena utk Majlis Hari jadi Kami berdua (kak emi & adik).Kiranyer sambutan hari jadi awal 2 hari dari masa yang sebenarnye iaitu pada tanggal 18 September.Yang penting dapat sambut bersama keluarga tersayang. Kalau disingkap sejarah dan kenangan terdahulu dari Cik Emi kecik sampailah ditahun 6, Majlis hari jadi pasti dilakukan.Al-maklumlah time dan ketika itu, Cik Emi seorang puteri kepada Ab Aziz Hj Omar & Nor Hayati.Sekarang bila dah dapat adik perempuan iaitu Nur farah Izzati, takhta diserahkan kepadanya. Lagipun Cik Emi dah besar memanjang.

Bab mendekorasi kek nie part Cik Emi la, suka melihat pada yang cantik dan membahagiakan orang sekeliling.InsyaAllah

Sebelum melangkah ke Bandar Penawar sempat mengadakan majlis keraian bersama keluarga.Majlis sempena Hari lahir kami berdua.



Kek coklat yang dibuat sendiri lain rasenyer...ia terbit dari keikhlasan dan kasih sayang ma dan cik ismi.


Hari yang terbaik bila keluarga meraikan majlis hari lahir kami berdua;-)

FoR The ReSt Of My liFE -ParT 4


Sebuah keluarga adalah tempat pertama kita belajar, sebuah keluarga yang baik dapat menciptakan sebuah generasi yang baik pula. Tak dapat dipungkiri bahwa peranan Orang tua sangat berpengaruh dengan tumbuh kembangnya sikap dan mental seorang anak.

Adapun sebuah keluarga yang baik selalu memberikan tauladan dalam kesehariannya, dalam tingkah laku dan juga dalam beribadah.
Sambutan raya dirumah nenek sebelah ayahanda dan bonda, sekitar Kampung Kubang Bemban Pasir Mas & Kampung Banggol Nangka, Pasir Mas Kelantan.






Tuesday, September 14, 2010

FoR The ReSt Of My liFE -ParT 3

Alhamdulillah..syukur dgn segala nikmat kurniaan drpdNYA.Raya tahun nie, ana dapat memperuntukkan saguhati utk insan-insan tersayang disekeliling ana.Melihat diaorang tersenyum kegembiraan membuat hati ini puas.Rezeki utk diaorang jua.
Hadiah untuk ayahanda tersayang, Drs Ab Aziz Hj Omar

Hadiah untuk bonda tersayang, Nor Hayati Ab Ghani


Seutas jam tangan untuk abang dan kakak ipar


Bersama anak-anak buah

Saguhati buat Muhammad Omar Syafiq Ab Aziz

Saguhati buat Muhammad Syarifuddin Ab Aziz


Bersama adik tunggal pompuan iaitu Nur Farah Izzati Ab Aziz


Adik yang bongsu iaitu Muhammad Firdaus Asyraf Ab Aziz

Monday, September 13, 2010

FoR The ReSt Of My liFE -ParT 2


BERSALAMAN dan bermaafan menjadi antara kemestian setiap kali menjelang lebaran. Bagi setiap keluarga, bersalaman lazimnya dilakukan pada pagi Aidilfitri. Bermula dengan isteri mencium tangan suami diikuti anak menghulurkan salam kepada ibu dan bapa, budaya ini bagaikan sudah sebati dalam masyarakat kita. Jika tidak berkesempatan melakukannya pada pagi raya, anda boleh menghulurkan salam apabila bersua. Aidilfitri diraikan sebulan, manfaatkan sebaiknya untuk memohon kemaafan.
Dipagi raye kami anakanda-anakanda kepada Drs Ab Aziz Hj Omar & Norhayati Ab Ghani memohon restu dan kemaafan.








Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [Al-Israa’ 17: 24]

FoR The ReSt Of My liFE -ParT 1

Hati ini berbunga2 kegembiraan setelah menjelang Syawal nan mulia.Dilimpahi dengan kasih sayang ma, ayah dan adik2 tersayang.Nikmat yg Allah swt kurniakan ini akan ku syukuri hingga keakhirnya.Amin. Fajar menyinsing pada 1 Syawal,segalanya berlaku dgn suasana kegirangan.Alhamdulillah.Berkesempatan pada hari ini untuk meluahkan perasaan hati yg bahagia.



Inilah anakanda-anakanda kepada Drs. Ab Aziz Hj.Omar & Nor Hayati Ab Ghani. Iaitu 4 orang putera dan 2 orang puteri tersayang.

Anakanda Muhammad Amiin Ridhuwan Bin Ab Aziz bersama isteri Nurul Fazrina Razali


Anakanda Nur Ismilida Ab Aziz


Anakanda Muhammad Omar Syafiq Bin Ab Aziz


Anakanda Muhammad Syarifuddin Bin Ab Aziz


Anakanda Nur Farah Izzati Binti Ab Aziz


Anakanda Muhammad Firdaus Asyraf Bin Ab Aziz


Rasulullah (saw) bersabda : Kebaikan yang paling cepat memperoleh ganjaran pahala ialah kebajikan dan silaturahim. Dan kejahatan yang paling cepat mendapat hukuman ialah kezaliman dan memutuskan hubungan kekeluargaan.

(Hadith Riyawat Ibnu Majah)

Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua ibubapaku dan seluruh orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).

(Ibrahim [14] : 41)

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu).

(Al -Ahqaf [46] : 15)

Friday, September 3, 2010

AnDai SeMuA OraNG MemahaMI;-)


Sempena hari Jumaat, hari yang dimuliakan oleh seluruh ummat Muslimin & Muslimat..hari yg penuh dgn keberkatan lebih2 lagi bersempena dgn Ramadhan al-Mubarak,warkah ini diilhamkan..

Awalnye aku tidak percaya akan diri..
Dengan pakaian yang tertutup rapi
Kawan2 berkata aku tidak trendy..
Tapi ayahanda berkata aku cantik begitu juga bonda (hikhik)

Wahai kawan yang bermimpi sanjungan..
Cantik bukan bererti buka-bukaan, dedah dedahan..
Cantik bukan beerti selalu berdandan (cukupla utk tatapan suami)
Cantik bukan terlalu ober tabbarruj..
bertabbaruj la (menghias diri mengikut syariat Islam)
Dan cantik bukan bererti seorang pujaan..
"Dan tetaplah di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu". (Al-Ahzab:33)

Ku ulurkan jilbabku hingga terase damainye hatiku..
Ku longgarkan pakaianku sehingga tertutup bentuk tubuhku..
Ku lakukan semuanyer itu demi cintaku pada Rabbi-ku..
Dan hati ini berbisik, agar Engkau meredhaiku..

Andai kata semua bleh memahami & menghayati..
Cantik lahir bukanlah ukuran..
Tapi cantik hati memikat semua org..
Dan yang utama berbudi pekerti..
Seperti yang Rasul contohkan.




-hamba yang dhaif serba kekurangan...yang baik itu kite saling berkongsi, yang kurang itu kite saling meneguri.
Salam Aidilfiri buat ayah bonda, adik beradik tsyg, lecturer UIAM Kuantan,teman2 INSTEDT,teman2 UIAM,teman2 seangkatan ,muslimin dan muslimat yg dirahmati Allah. Amin