To Reach The Top, Make No Excuses.. Sungguh kurasa, betapa Pengasihnya Engkau Ya Tuhanku.. betapa Penyayangnya Engkau Ya Tuhanku.. Engkau sentiasa kabulkan permintaanku, sentiasa kabulkan doa setiap hamba-Mu..sehingga akupun percaya, dan sangat percaya,bahawa Engkau pasti akan kabulkan impianku jua.. impianku..impian hamba-Mu Ya Tuhanku..
Thursday, September 23, 2010
Secangkir Cinta.. bersulamkan Rindu-ParT 2
Begitulah manusia,
Sibuk mengejar cinta insan,
Sehingga lupa memburu cinta Tuhan,
Tuhan yang telah memberi nikmat kepada kita,
Tuhan yang telah menjaga dan mengawasi kita,
Tuhan yang telah memberikan nyawa untuk kita hidup di dunia,
Tuhan yang terlebih dahulu mengasihi kita sebagai hambanya,
Layakkah cinta ini kita berikan kepada manusia,
Andai cinta Tuhan kita pinggirkan.
Biarpun cinta pada si dia itu tegar,
Biarlah cinta itu dituluskan niat kerana Allah,
Cinta itu anugerah Tuhan,
Fitrah insan sebagai jalan mendekatinya.
Justeru, dari sibuk mengejar cinta insan,
Bila mati ia akan ditinggalkan,
Bahkan, sering mengecewakan…
Jadi, burulah cinta Tuhan,
Cinta Tuhan berbalas pasti,
Bahagia menanti kekal abadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment