I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, November 23, 2010

Menyingkap Tabir Rahsia-Buat Sang Isteri


Pernikahan atau Perkawinan,
Membuka tabir rahsia,
Suami yang menikahi kamu,
Tidaklah semulia Muhammad,
Tidaklah setaqwa Ibrahim,
Pun tidak setabah Isa atau Ayub,
Atau pun segagah Musa,
Apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Membangun keturunan yang soleh solehah...

Pernikahan atau Perkawinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Suami menjadi pelindung, Kamu penghuninya,
Suami adalah Nakhoda kapal, Kamu navigatornya,
Suami bagaikan insan yang nakal, Kamulah penuntun kenakalannya,
Saat Suami menjadi Raja, Kamu nikmati anggur singgasananya,
Seketika Suami menjadi bisa, Kamulah penawar ubatnya,
Seandainya Suami terlupa, sabarlah memperingatkannya

Pernikahan atau Perkawinan,
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna didalam menjaga
Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam, yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman, yang berusaha menjadi solehah ...


-Credit to Sang Hamba-

Menyingkap Tabir Rahsia-Buat Sang Suami

Dengan Nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Pernikahan atau Perkawinan,
Menyingkap tabir rahsia ...
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah ...
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, Menjadi solehah ...

Pernikahan atau Perkawinan,
Mengajar kita kewajiban bersama ...
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyid (pembimbing)-nya,
Isteri bagaikan anak kecil, Kamu tempat bermanjanya ..
Saat Isteri menjadi madu, Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun, Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, Berhati2lah meluruskannya ...

Pernikahan atau Perkawinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa ...
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Karena memiliki Isteri yang tak sehebat mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Muhammad Rasulullah atau Isa As,
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman, yang berusaha menjadi soleh ...

-Credit to Sang Hamba-

Friday, November 5, 2010

I ask for Love


I asked for strength
and Allah gave me difficulties to make me strong..
I said Alhamdulillah

I asked for wisdom
and Allah gave me problems to solve..
I said Alhamdulillah

I asked for courage..
and Allah gave me obstacles to overcome
I said Alhamdulillah

I asked for friend
and Allah gave me troubled people to help..
I said Alhamdulillah

I asked for favors..
and Allah gave me opportunities..
I said Alhamdulillah..

I asked for Love..
and Allah gave me a special person to me
I said Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done

May be I received nothing I wanted..
BUT I received everything I needed..
ALHAMDULILLAH..
Thank You Allah..

Saturday, October 30, 2010

Al-Kisah..Aku & Kamu

Dengan Nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..


Suatu kisah
Kisah benar belaka
Seorang lelaki dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang


Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa arab pendek kata tip top!

Si lelaki memulakan istikharoh
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula.

Si lelaki menjenguk ke web
Laman friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin facebook satu keajaiban!
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
bertudung labuh litup
Bergambar sakan
Aduh!

Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
bukan menjadi pilihan
hanya kerana gambar ditayang
pemilihan terbatal.

Dia pernah berkata
Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur

Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si lelaki tetap
Tidak berganjak dengan keputusan

Wahai muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
Seribu lelaki yang tidak soleh

~dipetik daripada buku solusi no18~

Post kali ini ingin ku kongsi beberapa ayat dan doa dalam menjaga sebuah hubungan.Al-Quran itu al syifa, penawar dari segala aspek permasalahan,penyakit,politik,muamalat selain cinta yang perlu dihayati dan digunakan sepenuhnya.Yang terbaik ialah amalan yang diamalkan apabila dipelajari.InsyaAllah.

It's No More Mystery-It Is you

Dengan Nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Dedicated for HaQemi ;-)InsyaAllah



There is something that I see
In the way you look at me
There's a smile, there's a truth in your eyes

But an unexpected way
On this unexpected day
Could it mean this is where I belong
It is you I have loved all along

It's no more mystery
It is finally clear to me
You're the home my heart searched for so long
And it is you I have loved all along

There were times I ran to hide
Afraid to show the other side
Alone in the night without you

But now I know just who you are
And I know you hold my heart
Finally this is where I belong
It is you I have loved all along


It's no more mystery
It is finally clear to me
You're the home my heart searched for so long
And it is you I have loved all along

Over and over
I'm filled with emotion
Your love, it rushes through my veins

And I am filled
With the sweetest devotion
As I, I look into your perfect face

It's no more mystery
It is finally clear to me
You're the home my heart searched for so long
And it is you I have loved
It is you I have loved
It is you I have loved all along



Friday, October 29, 2010

Jom Bercerita:Deerland, Lanchang Pahang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Menjejaki binatang-binatang di Deerland,Lanchang terletak 4 km dari Kuala Gandah.










Bergembira sepanjang hari dengan mahkluk ciptaan Allah swt




Pada Hakikatnya Islam mengajarkan pada umatnya untuk menyayangi binatang dan melestarikan kehidupannya. Di dalam Al-qur’an, Allah SWT menekankan bahwa telah menganugerahi manusia wilayah kekuasaan yang mencakup segala sesuatu didunia ini, hal ini tertuang dalam surat Al-Jatsiyah,45:13 yang artinya sebagai berikut :

Dan Dia telah menundukan untukmu segala apa yang ada di langit dan segala apa yang ada di muka bumi; semuanya itu dari Dia; sesungguhny di dalam yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir (Q.S. Al-Jatsiyah,45:13)

Ayat ini sama sekali tidak menunjukan bahwa manusia memiliki kekuasaan mutlak untuk berbuat sekendak hatinya dan tidak pula memiliki hak tanpa batas untuk menggunakan alam sehingga merusak keseimbangan ekologisnya. Begitu pula ayat ini tidak mendukung manusia untuk menyalahgunakan binatang untuk tujuan olahraga maupun untuk menjadikan binatang sebagai objek eksperimen yang sembarangan. Ayat ini mengingatkan umat manusia bahwa Sang Pencipta telah menjadikan semua yang ada di alam ini (etrmasuk satwa) sebagai amanah yang harus mereka jaga.

Al-qur’an berkali-kali mengingatkan bahwa kelak manusia akan mempertanggungjawabkan semua perbuatan mereka di dunia, seperti yang termaktub dalam ayat berikut :

Barang siapa melakukan amal saleh, maka (keuntungannya) adalah untuk dirinya sendiri; dan barang siapa melakukan perbuatan buruk, maka itu akan mengenai dirinya sendiri. Dan kelak kamu semua akan kembali kepada Tuhanmu (Q.S Al-Jatsiyah, 45:15)

For more information please call +609-2779305 (En. Abdullah) or email deer_land@hotmail.com.



Jom Bercerita:Pusat KonServasi Gajah KebanGsaan Kuala GaNdaH,Pahang


Dengan Nama Allah Swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Bersama rakan seperjuangan menikmati panorama yang indah bersama gajah-gajah yang cute.Bertempat di Kuala Gandah, Pahang sekitar 31 Mei tahun lepas.
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah telah ditubuhkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) pada tahun 1989. Pusat ini merupakan ibu pejabat Pasukan Pemindahan Semula Gajah yang telah wujud sejak tahun 1974.

Unit Gajah merupakan satu pasukan yang unik di Malaysia di mana peranan utama unit ini adalah untuk menempatkan semula gajah-gajah liar yang habitatnya telah diambil alih oleh kawasan pertanian. Gajah liar ini akan ditempatkan semula ke kawasan-kawasan perlindungan seperti Taman Negara. Sejak 30 tahun yang lalu, pasukan yang dahulunya terdiri daripada 25 orang ahli telah berjaya memindahkan lebih daripada 450 ekor gajah liar di mana proses pemindahan ini bertujuan untuk meminimumkan risiko kepupusan yang berterusan.

Selain daripada berfungsi sebagai ibu pejabat untuk unit gajah, pusat ini juga merupakan tempat perlindungan bagi beberapa ekor gajah denak dan liar. Pusat Pemuliharaan Gajah Kebangsaan Kuala Gandah juga mempunyai matlamat untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh gajah di Malaysia. Selain itu, pusat pemuliharaan ini menggalakkan kajian dan penyelidikan berkaitan teknik pemindahan semula dan konservasi gajah.


Pusat ini juga giat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar. Para pelawat digalakkan untuk menonton dokumentari tentang proses pemindahan semula gajah liar yang dilakukan pada 1996 dengan kerjasama krew National Geographic. Selain itu, program khas boleh disediakan untuk rombongan sekolah. Untuk program pelawat, sila merujuk kepada “Jadual Aktiviti Pelawat” di bahagian selanjutnya.

Gajah di Pusat Pemuliharaan
Pusat ini mempunyai beberapa ekor gajah tempatan yang dibawa masuk daripada Thailand dan Myanmar. Gajah-gajah ini dilatih dan digunakan untuk memindahkan gajah-gajah liar dari kawasan-kawasan yang bermasalah di seluruh Semenanjung Malaysia. Pusat ini juga memelihara anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya untuk memastikan anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya terus hidup.

Gajah Asia
Gajah Asia kini dikategorikan sebagai spesies yang kian terancam dengan anggaran yang kurang daripada 1,200 ekor gajah liar di Semenanjung Malaysia.

Melindungi gajah Asia secara langsungnya membantu melindungi ribuan jenis spesies lain yang terdapat dalam lingkungan habitat gajah tersebut. Gajah membuka denai-denai dan menumbangkan pohon-pohon yang menjadi sumber makanan semula jadi yang sangat diperlukan untuk haiwan yang lebih kecil umpama jentolak semula jadi, serta menyebarkan biji-bijian di dalam najisnya. Walau bagaimanapun disebabkan oleh kekurangan habitat, gajah kini terpaksa mencari makanan di kawasan pinggir hutan yang telah bertukar rupa menjadi kawasan perladangan dan penempatan manusia. Pencerobohan ini menyebabkan kerugian pihak terbabit.


“Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam“
(Q.S. al-Anbiyaa’ 21:107)

Secara kesimpulannya,ayat ini menjadi salah satu dasar ajaran bagaimana seharusnya seorang muslim berperilaku dalam kehidupan sosialnya di masyarakat. Tak hanya memberikan manfaat yang baik bagi sesama manusia (hablumminannaas), tetapi juga flora dan fauna di alam semesta ini. Salah satu media untuk melatih sifat rahmatan lil’alamin bagi muslim adalah dengan menyayangi haiwan.

Hal ini bisa terlihat dari beberapa hadits Nabi yang berisi seruan untuk menyayangi haiwan dan larangan berbuat dzalim terhadap mahluk-mahluk Tuhan khususnya haiwan.
W salam

Miss Nur Ismilida Ab Aziz
Ex-nursing batch 3 UIAM