I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, October 30, 2010

Al-Kisah..Aku & Kamu

Dengan Nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..


Suatu kisah
Kisah benar belaka
Seorang lelaki dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang


Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa arab pendek kata tip top!

Si lelaki memulakan istikharoh
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula.

Si lelaki menjenguk ke web
Laman friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin facebook satu keajaiban!
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
bertudung labuh litup
Bergambar sakan
Aduh!

Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
bukan menjadi pilihan
hanya kerana gambar ditayang
pemilihan terbatal.

Dia pernah berkata
Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur

Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si lelaki tetap
Tidak berganjak dengan keputusan

Wahai muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
Seribu lelaki yang tidak soleh

~dipetik daripada buku solusi no18~

Post kali ini ingin ku kongsi beberapa ayat dan doa dalam menjaga sebuah hubungan.Al-Quran itu al syifa, penawar dari segala aspek permasalahan,penyakit,politik,muamalat selain cinta yang perlu dihayati dan digunakan sepenuhnya.Yang terbaik ialah amalan yang diamalkan apabila dipelajari.InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment