I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, July 27, 2010

SeAndAiNya ItU TakDiRnya...-Edisi 2


Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

..................SAMBUNGAN EDISI 3.............

SeAndAiNya ItU TakDiRnya...-Edisi 1




Terima Kasih atas kiriman cerita ini dari sahabat ana.Cerita ini menyebabkan mengalir air jenih dikelopak mata Ana. Sungguh hiba dan sungguh syahdu.Betapa hidup ini perlu belajar utk menghargai org yang tersayang.Dia datang dan pergi tanpa kite ketahui.Ajal dan maut ketentuan Ilahi.Siapa mampu membicara tentang tarikh kematian.Segala kemanisan yang dimiliki harus dihayati.


Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

....................SAMBUNGAN EDISI 2......

Friday, July 23, 2010

CoRetan Hati KuikhLaskan BuAtmu - Edisi 4



Hari ini bersamaan 7 Syaaban, merupakan hari yang paling gembira dalam hidupku.Hari nie ana dapat mengetahui dari rakan sekerja ana iaitu Rafiq Sumardi Omar, yang result LJM yang dinanti oleh sume kawan2 sekelian sudah di endorse.Sumber sources adalah seperti biasa Nur Hidayah Mazlan sbg wakil kitaorg .Dayah setia dihalaman UIAM Kuantan, bertugas sementara sebagai person who inharge paperlogic yang berkembang giat.Hari nie jua, ana Berjaya berpuasa menghabiskan sisa puasa qada, huhu kali nie memang lambat menggantikan puasa seperti sebelum sebelum nie yang terus sambung puasa enam.InsyaAllah, sampai Nisfu Syaaban akan terus ana gagahi puasa ini, walaupun hakikatnya sekarang nie nafsu makan bertambah2.Alhamdulillah, hari nie jua ana begitu terharu sebab sume housemates ana setia menemani ana untuk berbuka puasa.Hari nie umpama dah menjelang Ramadhan, berkebetulan petang tadi ada Bazar (Pasar Tani dibandar Penawar).Kedudukan Pasar Tani nie terlalu dekat dengan Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT), hanya 5 min andai berkereta. Lepas kelas ana dan kawan ana, Ain serta Hazwani (antara housemates dan colleagues tempat kerje). Sekitar kul 7 petang kelima-lima housemates ana berkumpul didepan makanan, menyajikan juadah masing-masing.

Disini ana berkenan untuk perkenalkan housemates ana yang ana kira sangat membuat hidup ana bahagia dan berseri. Walaupun tidak kurang dari sebulan mengenali mereka, tapi ana kira fikrah kami sume adalah kearah yang sama, iaitu lebih kepada penghidupan dan pengamalan Islam dalam penghidupan seharian.Housemate pertama ana, iaitu Nur Ain Mahat, jua merupakan kawan ana selama 6 tahun dah semenjak di matrik.Walaupun bukan kawan baiknya, tapi ana lebih selesa berkawan dengannya.Mungkin dia lebih sifat keterbukaan dan natural.Bekerja sama dengan ana, sebagai Lecture in Nursing yang memegang amanah sebagai guru kelas Sem 1 (Group A).Duduk bersebelahan meja dengan ana di office. Dalam office ana jua, ada seorang lagi housemates ana iaitu Siti Hazwani Mohamad Kamal (Wani), iaitu Pensyarah Syariah Islam.Alhamdulillah, at least apa2 kemusykilan kita sama2 boleh berkongsi.Dia sangat suka pada kucing, berkebetulan di rumah kiteorg ade seekor kucing yang kami namakan “Yoep”.Kucing yang putih gebu dikira antara yang menarik la di taman Mulia ini,berbanding kucing2 berkeliaran lain.Hehe disini, mau diceritakan bahawa budget untuk frieskiesnya aje Rm 9 seminggu.Jadi memandangkan budget yang dikira agak tinggi, kami mengajar Yoep agar makan juga nasi bersama sisa makanan. Seterusnya ana perkenalkan housemates ana yang lain iaitu Mahdiyyah, iaitu kaunselor baru yang sebatch umue dengan ana.Panggilan pendek hanya Diyyah.InsyaAllah, klu ada masalah berkaitan peribadi,pelajar,emosi, kerjaya atau ape jua bleh berhubung dengannya.Kiranya kiteorg nie bertuah memiliki housemates yang expert dalam pelbagai bidang masing.Suka dengan keperibadiannya, merupakan seorang yang ramah.

Housemates seterusnya, ialah Suci Aida Fitri Mohd Daha..Kak Suci nie kecik orangnya, tapi sbb dah berumur 25 thn, jadi kiteorg memnaggil panggilan kakak.Graduate dari Universiti Malaysia Sabah.Malam semalam kiranya, ana berborak dengan Kak Suci sampai kul 2 pagi berbincang pasal keadaan social yang dihadapi masyarakat umat Islam khususnya yang tiada penawarnya. Hanya berborak2 kosong dan berilmiah. Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat berkongsi dan mendengar pengalaman2 hidup, kehidupan semasa belajar dan dalam menuju menjadi hamba Allah swt yang diredhai. Kak Suci merupakan Pensyarah Matematik.Senang hati bila dapat berborak dan berkongsi cerita bersama kakak. 5 hari lepas, kami berlima menerima seorang lagi housemate baru iaitu Shahrul Nizar. Dia dapat title adikla dikangan kiteorang kerana baru berumur 22 tahun.Perangai dia hepi good lucky.Sentiase menceriakan kami sekeluarga.Nizar merupakan Pembantu Tadbir di INSTEDT, yang mana merupakan bekas student INSTEDT jurusan Diploma Pengurusan.

Alhamdulillah, ikatan antara kami boleh disimpul menjadi untaian tasbih, walaupun belum pun sampai sebulan bersama.Ana dah lama tak merasai nikmat housemates yang indah sebahagian rupe, yang mana dapat mengaji bersama selain menunaikan solat jemaah bersama. Walaupun kadang2 tak sempat utk bersama tapi dalam satu2 masa tertentu kami dapat berjemaah bersama. Biasanya, dikalangan kami semua akan pulang kerja sekitar 5.30petang. Sekitar sebelum menyambut suara azan Magrib, kami akan menatapi makanan malam bersama.Suasana nie memang amat bahagia.Disinilah kite sama berkongsi cerita pasal keluarga, peribadi, kerjaya dan ventilate feeling. Semua akan bergelak tawa, dgn hilai yang memadamkan segala kesepian hati berjauhan dengan keluarga masing. Alhamdullilah, kesyukuran ku panjat padaMU mengurniakan teman2 yang dapat membahagiakan diri ini, semoga kurniaan dan anugerah yang Engkau pinjamkan ini berkekalan keakhirnya.Semoga Allah SWT mengurniakan ana teman-teman yang menyayangi diri ana.Amin.

Wednesday, July 21, 2010

CoRetan Hati KuikhLaskan BuAtmu - Edisi 3


-Dengan NamaMu Ya Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-

1 Julai (Khamis)-Tuntutan kerja, meeting pertama sudah bermula bersama Prof Madya Dr.Mat Jizad Abdol, Ketua Executive INSTEDT. Agenda meeting pertama untuk sem nie adalah kearah melaksanakan pembelajaran dan penyampaian yang efektif.

“Mediocre lecturer tells,
The good lecturer explains,
The superior lecturer demonstrates,
The great lecturer inspires.

Dikala ini ingat pada idola ana iaitu ayahanda sendiri, Ab Aziz Haji Omar, yang mana telah berkhidmat dlm bidang perguruan hampir 26 tahun.Komitmen kerja dalam mendidik anak bangsa yang dimiliki oleh ayahanda ana amat tinggi, ana begitu kagum dan respect. Ana ingin menjadi guru seperti ayahanda ana. Beliau sering mendapat hgelaran Guru Cemerlang dan Guru Pakar Sastera dalam Negeri Kelantan selain menjadi pemeriksa kertas SPM selama 12 tahun. Segala selok belok dan rencah hidup dalam bidang perguruan nie, dia dah rasai. Begitu jua, datuk ana, Ab Ghani Haji Daud yang merupakan pesara Guru Besar di sekolah rendah ana, iaitu Sekolah Rendah Sultan Ibrahim (3), Pasir Mas, Kelantan.




Aktif dalam memberi ceramah pengajaran sastera


Ayahanda ketika menghadiri mesyuarat penting


Abis keje, ana balik ke rumah baru bersama kawan2, ain, hazwani, suci dan mahdiyah ke rumah baru.Bersiap-siap unutk bergotong royong membersihkan rumah baru. Sampaila hari senja, matahari terbenam ke ufuk barat, maka kami bersurai. Hari Jumaat iaitu keesokkannya, mula memindahkan barang masing2.Lega rase dapat menaiki rumah baru.Tapi malam nie masih tak bersedia untuk tido dirumah baru.

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
Yang berat sama dipikul
Yang ringan dijinjing sama
Sepakat membawa berkat asas hidup bermasyarakat
Amalkan hidup yang sihat selamat dunia akhirat

Hari nie, hari Sabtu waktu kerje pun hanya separuh hari.Suka sangat. Petang nie semua lecture dijemput ke Majlis Perasmian Penutup Minggu Silaturrahim Sesi Jun/Julai 2010 di Desaru Golden Beach Hotel. Perjalanan hanya memakan masa 10 min dengan kereta.
Pulang dari majlis perasmian penutup itu, dengan bacaan bismillah ,akhirnya kami berlima menetap dirumah baru. Waktu antara Magrib dan Isya’ itu kami berlima sama2 menunaikan solat magrib Isya’ dan solat hajat berjemaah disertai dengan bacaan surah Yassin.Alhamdulillah ,semuanya selamat.

Doa Keselamatan


Sabtu 10 Jun 2010,diadakan hari riadah bersama staff-staff INSTEDT di Bujang Rakit, Sungai Lebam-menerokai panorama malam bersama si kunang-kunang (firefly). Pengalaman yang cukup manis, menaiki feri menghayati makhluk ciptaan Allah SWT yang boleh mengeluarkan cahaya. Betapa lirik lagu kedamaian mengisahkan keadaan Bandar Penawar tu sendiri yang jauh dari hiruk pikuk kota. Alangkah damainya.

Ku rindukan cahaya si kunang-kunang
Pelita rimba hiasan gelap malam
Bintang nan bersinar bergemerlapan
Sang rembulan penerang alam nan gelita

Ku rindu mandian air di bukit
Kedinginannya menyentuh di dalam hati
Burung berkicauan berlagu riang
Di sinilah ku miliki kedamaian

Rindu...
Cahaya sang rembulan
Dingin angin rimba menyusup di hati
Rindu..
Hembusan sang bayu
Buahan meranum pepohon menghijau
Merdu suara kicau burung
Dinginnya air terjun
Ku kembali semula menikmati segala
Keindahan...

Ku rindu saat-saat bahagia
Tak mungkin pudar
Segar dalam ingatanku
Biarku jauh di sini, jauh di desa
Bahagia telah bersemi selamanya

CoRetan Hati KuikhLaskan BuAtmu - Edisi 2



-Dengan NamaMu Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang-

Bertarikh 28 Jun 2010 iaitu hari Isnin sekitar kul 8mlm bertolak ke Johor.Walaupun berat hati tapi kulangkah dan kugagahi jua. Ana pegi dengan menaiki bas bersama bonda tercinta Nor Hayati Ab Ghani.Memandangkan ayahanda tak dapat mengambil cuti yang berkebetulan, pelajar-pelajar sekolah tengah exam.Adik-adik ana semua pun tengah menghadapi exam jadi semua takdapat menyertai ana ke Johor.Klu tak, sebuah kereta dengan atuk akan berkonvoi ke Johor. 12 jam ana terperap dalam kedinginan air-cond bas dan disertai kedinginan malam.Ana menghabiskan masa berborak bersama bonda tercinta. Allah SWT je yang tau suara hati ana time tu, berat,resah,gelisah semua ana pendam. Ana dah dapat agak, esok mesti emosi ana akan bercelaru, bercampur sedih, sebab ana akan berjauhan dah dengan bonda ana.

"Kehadiran permata permata hati yang menbahagiakan hidup Ana.Ya Allah Engkau bagilah pinjaman ini agar dapat ku miliki dalam waktu yang panjang.Kemanisan hidup bersama masih belum dapat ku hayati memandangkan Ana sentiase menjadi musafir ditempat oarng sepanjang tempoh belajar dan bekerja".


Ana tiba di Stesen Bas Kota Tinggi, sedang berjalan membawa beg, terserempak dengan seorang hamba Allah yang baik, dengan berkereta Jabatan Agama Negeri Johor, mempelawa ana dan bonda untuk dihantar ke tempat rehat sebelum menaiki bas.Alhamdulillah, mudahnya urusan ana dipagi ari ini.Bonda tersenyum manis mengenangkan tak terbeban mengangkat beg yang banyak ke tempat berkenaan. Ana sampai dan beistirehat disurau, saempat menunaikan solat dhuha dan sujud syukur. Disnilah emosi ana tidak terbendung, asyik nak nangis aje bila tengok riak wajah bonda tercinta.Ana taubeberapa ketika lagi , ana akan berjauhan dengan bonda. Untuk ke Bandar Penawar perlu menaiki satu lagi trip bas, jaraknya sekitar 45 minit perjalanan dengan kereta. Lepas selesai hantar ana, disebelah mlm ana bersama kawan,menghantar bonda ke terminal untuk pulang ke Kelantan.Sekali lagi air mata ana membasahi pipi, banjir kelopak mata ana.Ana peluk cium bonda seerat-eratnya.

30 Jun (Rabu)-Hari yang bersejarah buat diri ana sendiri kerana hari ini ana melaporkan diri sebagai seorang lecture Nursing di INSTEDT.Selepas menghayati dan menteliti agreement , lantas ana menurunkan tandatangan sebagai akur dengan kontrak yang disampaikan.Bermulalah, ILTIZAM ana untuk menjadi seorang cikgu bagi mendidik anak-anak bangsa. Ketua Jabatan Sains dan Kejururawatan, Puan Rubiah Tom mengamanahkan ana sebagai guru kelas sem 1 (group B).Hari yang mengembirakan berkenalan dengan ramai staff2 baru.

Di depan sana harapan menantikan
Munculnya wahana sinar kejayaan
Yang bisa bangun setelah direbahkan
Diratap kecewa sepi sendirian

Iltizam kita perlulah ditingkatkan
Sahsiah kan hebat menyerlah
Iman kita itulah kekuatan
Berjihad di segala bidang




Inilah panorama-panorama tempat kerja baru ana.Sesegar taman yang jauh dari hiruk pikuk bandar;-)



Welcoming to INSTEDT


Bangunan Kampus INSTEDT


Tasik yang menjadi tumpuan pelajar beriadah

Asrama pelajar yang terdiri daripada Kolej Delima, Kolej Teratai

Saturday, July 17, 2010

CoRetan Hati KuikhLaskan BuAtmu - Edisi 1




-Tulisan ini didedikasi buatmu-

Alhamdullilah ,ungkapan pertama yg mampu Ana lafazkan bila mendapat khabar berita itu.Ana masih ingat dikala sahabat ana, Nur Ain Mahat mengutarakan kpd ana pada suatu mlm tika ana berada dipengakhiran posting di Hospital Sultan Ahmad Shah,Temerloh. Mie, nak tak kite pi keje kat INSTEDT, johor..Balas Ana dengan baik, apehal johor jauh tu, tak pernah terlintas dibenak fikiran ana utk berada dikutub selatan tanah air.Pada mlm tu jua, ana berbalas mesej dgn seseorang dlm hidup ana.Macam mane keputusan awk, awk nak pi interview dgn INSTEDT ke?..punya la hati nie berdesir utk menyekat kemahuannyer dari pergi interview.Lama2 akhirnyer,ana sekali yg tertarik utk pi interview tu.Lebih mudah lagi perjalanan, apabila interview itu dilakukan di dalam Jalan Hospital, kampus UIAM, Kuantan.Bila sahabat ana itu menyatakan bahawa kawan2 yang lain , Jadul, Nidzam, Hassan dan Rafiq nak join gak, hati ana jua rase tertarik utk mencuba..Rasenyer hari interview tempoh ari 8 Jun 2010 (Selasa).Kami berempat (Jadul, Hassan ,Nidzam n ana sendiri)menaikki Myvi NBX339 ke Jalan Hospital.Dalam perjalanan nak sampai tu, kitaorg dah berbincang, alahai macam mane ye, klu nanti Dr.A mengetahui kiteorg dtg utk interview sebagai lecturer. Walhal seluruh alam sudah mengetahui yg Dr. A nie memang tak suka kepada freshier2 terus involve ke bidang pendidikan.Mungkin dia ade falsafah dia tersendiri.Setiap org ade ideologi masing2 yang perlu kite hormati, jadi tdk perlu lah diperlekeh atau direndah2kan.Syukurlah, seramai lecturer yg lalu lalang didepan Office JHC tu, menegur kami sume dan memberi support agar kami membuat dgn terbaik.Cayok2;-) Lebih terharu apabila Dean Kulliyyah of Nursing, Prof.Dato Kamaruzzaman Wan Su dgn ikhlas memberi support kpd kami semua. Dalam hati, terdetik jua, silapnyer interview diadakan didlm bangunan UIAM.Ape2 pun ade hikmah tersendiri.Dari jam 9 pagi kami berdudukan disofa dpn office, berbincang,berborak sesama kami.Kadang2 datang usikkan, ermm Ismi tak berdebar la sbb Ismi dah byk kali pi interview..hehe,ana senyum je.Dalam hati berdebar jugak mcm korang.Memangla interview INSTEDT tu dah yang ke-4 selepas KIST (Kolej Islam Sains Teknologi, Bachok), Masterskill Kota Bharu dan KPJ Seremban Specialist (*aim ana*).Tapi yang paling ana nak tuju sekarang adalah KPJ Nilai iaitu Nursing and Health Sciences International College.Sekitar kul 3pm, berakhirlah sesi interview, bermula dgn Ain, Rafiq, ana, Nidzam, Jadul dan Hassan.Dalam interviewku, ana rase nak tergelak bila Puan Rubiah (Ketua Jabatan Nursing)dan Puan Hariza Hashim (ketua Pegawai Ekxecutive INSTEDT)mempersoalkan, kekecikkan diri ana.hehe takut ditenggelami oleh pelajar2.Ana jawab, InsyaAllah mampu, fizikal bukan ukuran utk menentukan kemampuan kite membawa sesuatu tetapi lebih kepada ketinggian semangat dan keyakinan kite.Keberanian itu bukan terletak pada aspek fizikal semata2 tapi lebih kepada keberanian dalaman;-)..Sekitar kul 3petang, kami berangkat utk pulang.Nidzam mencadangkan kite sume makan kat restoren Sister Arbaktun Mardiah, Lecture kami.Bersama 4 org (Jadul, Nidzam, Hassan dan diri ana.Makanan yang special ari nie ialah, Nasi Kukus Ayam.Marveollous sgt,sedap sampai menjilap jari sehinggakan salah seorg kawan ana Nidzam makan 2 pinggan nasi.huhu salute la Bro..Yang paling kelakar dan peristiwa sejarah kat cni, air laici ana tertumpah dpn diaorg, gara2 ana bermain2 menyusun pinggan selepas makan.hehe;-) Maafkan Ismie kawan2.itu ungkapan diri ana buat semua.Time nie Ain dan Rafiq dah bertolak pulang.

Isnin (21 Jun) sekitar kul 11 pagi, ana menerima panggilan dari Puan Junaidah Junaidi yg memperkenalkan diri sbg pentadbir Human Resourse INSTEDT.Lafaz alhamdulillah, ana sambut dgn hati penuh bahagia.Ana dapat mesej jua dari seseorang yg isitwewa mengatakan yang dia pun menerima panggilan telefon dari INSTEDT.Semuanyer rezeki, dalam waktu seminggu utk membuat keputusan nie banyak benda yang perlu dipikirkan.Sementelahla lagi, 23 Jun (Rabu)hari yang paling penting sepanjang 6 tahun menghambakan diri pada bidang kejururawatan.Kiranya tarikh semua pelajar yang ingin mendapatkan lesen kejururawatan, perlu menduduki Lembaga Jururawat Malaysia punya Exam.Sesak nafas jugak dibuatnya, membuat keputusan untuk menerima INSTEDT atau tidak.Banyak benda yang perlu difikirkan, jarak yang antaranya perlu dikorbankan, dan jauh dgn ma ayah. Hati kecil ana masih ingit,tatkala bangun pada Isnin 21 Jun, ana tunaikan solat Dhuha dan solat hajat, tdk terlepas utk mengaji al-Quran.Ana tenang duduk dibilik Ana sendirian, menghabiskan waktu yang tersisi sementara meninggalkan UIAM kampus pd 25 Jun.Kuasa Allah SWT, lepas aje Ana berdoa merayu agar memberi yang terbaik utk diriku dan bakal pasanganku..Selang beberapa minit, tefon Ana berdering, Ana masih ingat tertera no 07-8222 008.Nombor ini ememang cukup asing bagiku, tapi aku try utk menjawab panggilan itu."Saya Puan Junaidah Junadi dari Institut Sains dan Teknologi Darul takzim, awak Nur Ismilida binti Ab Aziz berjaya ditawarkan sebagai pensyarah. Sila melapor diri pada 28 June 2010. Ya Allah, berape cebisan saki baki masa aje yang tinggal utk ku membuat keputsan ini, dan berape jua mase yang tinggal utk ana berehat selepas penat berhempas pulas belajar.Mungkin ini dinamakan rezeki. Sesungguhnya Ya Allah , ana yakin terhadap rezeki daripadaMu.Aku yakin pada kuase dan berkat waktu DhuhaMu.Berikan ku kekuatan agar aku isitqamah dalam menunaikan Duha utkmu.Berkat waktu DhuhaMu Ya Allah, rezeki ini umpama magnet atau tarikan utk diri ana yang seba dhaif.


Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha ini adalah waktu dhuha-Mu, cahaya ini cahayaMu, kerinduan ini kerinduanMu,Kecantikkan ini, KecantikkanMu, Keindahan ini adalah KeindahanMu, kekuatan ini kekuatanMu, Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka Engkau turunkannya, jika ada di bumi maka Engkau keluarkannya.Jika ia jauh, maka dekatannya dan jika ia sukar maka permudahkannya dengan keberkatan dhuhaMu, cahayaMu,
kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh. Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."

Untuk menentukan agar keputusan yang bakal ana lalui nanti adalah yang terbaik, desir hati ini agar ana menunaikan Istikarah padaMu setiap malam , bermula saat ana mendapat tawaran itu.
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya". Aku berserah kepadaMu saja Ya Allah.

Sehari sebelum menjelang exam iaitu pada 22 Jun 2010 (Selasa),ana menghabiskan masa bersama sahabatku Amria Awang (kak am) dan Nur Syazana (fos) di cafe UIAM ,Kuantan.Dalam perbualan selama 2 jam itu, kak am dan fos byk menasihati ana agar menerima tawaran yang dikira baik pada saat belum dapat lesen utk diiktiraf sbg staffnurse. Kak Am" emi, pegila cana, jangan tolak , cari pengalaman.Emi kan ckp kat Kak Am yang emi nak kawin, jadi pegilah, sementara menunggu result LJM kirenyer dalam mase sebulan tu. At least dapat dah menceduk pengalaman dan mengumpul wang". Fos menyambung" pegilah sementara dah dapat tawaran, lagi pun bukan emi seorang kat sana, tapi bersama kawan2 lain seperti ain, rafiq, nidzam. Time tu fikiran ana jadi berbelah bagi sebab seseorang yang terdekat dgn ana jua berbelah bagi samada utk bekerja di Johor atau tidak, cukupla ana mengerti masalah peribadinya dan sesuatu yang menghalangnye untuk bersama2 kerja di INSTEDT.Ana redha, hehe walaupun kadang2 terkilan. Tapi ana fikir biarlah keputusan yang diambil tiada paksa memaksa antara satu sama lain, janji sama2 dapat merasai kebahagiaan.Selalu dia menjelaskan kepada ana , bahawa jarak yang jauh bukan menghalang untuk sesuatu perhubungan ,yakin pada Allah SWT.Allah swt yang memiliki hati hambaNYa.Hati-hati ini jua diikat dengan keyakinan hambaNya padaNYa. InsyaAllah jarak yang jauh nie utk menambah lagi kemanisan sebelum berumah tangga kelak. Baru ana rase tenang.Mungkin bagiku seorang perempuan , ana hanya fikir cinta dan hubunga itu perlu hadir didepan mata.. Segalanya yang terbaik daripadaMu, segala urursan yang telah ditakdirkan aku redha.Segalanya ade hikmah2 tersendiri, itu yang aku yakin.

23 Jun (Rabu)-Alhamdulillah exam dah lepas,tapi memang sukar la sgt soalan tahun nie. Tak seperti yang ana dan kawan2 lain expect.Itula pasal stress punya pasal induce teethache..huhu.Balik aje dari JHC, sekitar pukul 2 berangkat ke Poliklinik Beserah ditemani seseorang. Dia pun tau ana takut cabut gigi. Sekitar kul 3, ana dipanggil masuk ke bilik doktor. 2 org doktor yang meng check gigi ini. Yela ana mengadu sakit, tapi ana tak tahu gigi mane yang betul2 sakit. Ana cakap yang keseluruhan gigi geraham atas bahagian kanan yang sakit. Rupanyaer, memangla, doktor cakap gigi ana ade yang berlubang, walaupun gigi yang berlubang tu bukan pada bahagian atas, tapi nerve2 gigi kan banyak, of course give
effect to the otherz. Pasal gigi nie, memang dugaan dan kesabaran buat diri ana. Selama sebulan ana merana sakit, bermula pegi posting di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. 2 minggu posting kat cna utk Oncology course.Bab membuat pemeriksaan gigi nie memang ana sangat takut. Fobia dengan zaman kanak dahulu, sentiase berjumpa doktor gigi. Seingat aku paling last time kanak dulu ketika berumur 8 thn , aku cabut gigi geraham yg ana rasekan amat sakit sampai bengkak seminggu biarpun .huhu, sejak dari itu, mals dah nak jumpa dgn doktor gigi. Pendirianku, ape nak jadi, jadilah.hehe.Yang kelakarnya, bila dah masuk bilik doktor petang tu, aku boleh melompat kuar sebab tak bersedia untuk cabut lagi petang tu.Keesokkannya, aku ke Poliklinik Beserah skali lagi bersama sahabatku, Nur HIdayah(dayah) ditemani jua Jadul dan Hassan yang hantar kami ke poliklinik.Begitu setia sahabatku dayah menunggu ana pagi tu, agar ana cabut gigi".hihi, tergelak ana mendengar.Semangat dia membuat kan ana beriltizam utk cabut gigi gak pagi tu, sbb ana fikir dari menangung lagi sakit utk berbulan2 baik ana deserve sakit utk kali nie aje.Lebih2 lagi klu ditakdirkan ana jadi bekerje dan melapor diri pada 28 Jun, mestila ana kena pegi dengan keadaan sihat walafiat.Alhamdullillah semuanya, selamat.

Nie lah sahabat ana, time nie ketika percutian di Deerland, Temerloh.





24 Jun -Hari yang paling bermakna buat insan yang istimewa dalam hidup ini, iaitu hari kelahirannya yang ke-24.. Ana sendiri bagi tau hadiah nanti sy bagi lambat la ckit, tunggu sy keje baru special. Ungkapan dari dia yang buat hati ini terkedu dan terharu" Cukupla saya memiliki awak,hadirnya awak adalah hadiah utk saya".

25 jun (Jumaat)-Sepatutnya pulang ke rumah abg kat kemaman hyn utk merehatkan diri sementara menunggu hari melapor diri pada 28 June. Tapi memandangkan badan tidak mempunyai kekuatan dan terlalu lemah (akibat mengangkat barang2 yang byk), plan A berubah kpd Plan B.Ayah call ckp balikla umah, kite fikir kemudian samada nak pi laporkan diri di INSTEDT atau tidah.Hehe, sebenarnya, ana sendiri masih keliru samada jawapan mane yang terbaik.Badan lemah mungkin takde semangat,lagi2 bila seseorang tidak ikut bersama ke INSTEDT. Ana rase klu seseorang tu pegi lapor diri bersama, kekuatan ana mesti lagi bersemangat dan tidak fikir penat.Sekitar kul 12 , aku, abang, kak Ina (isteri abg) dan 2 org anak2nya; Nur Adrina Batrisya dan Nur Alya Batrisya bertolak pulak ke Klate.Menaiki Volvo WKS 8220, kereta kesayangan abang ana.Sebelum bertolak , ana sempat calling ke INSTEDT utk membuat penangguhan tarikh melapor diri. Alhamdulillah dapat la di postpon kan kpd 30 Jun (Rabu). 4 hari berehat ana rase dah dapat la utk energize kan diri dari aspek fizikal dan mental terutamanya. Ayah aku cakap emosi kena stabil sebelum masuk ke alam pekerjaan.Agar hati tenang dan gembira.Alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar.

Bersama anak saudara, Nur Adrina Batrisya dan kakak ipar di Melaka



apa yang diri ana nak sampaikan disini ialah tuntutan melakukan solat Dhuha walaupun ia sekadar solat sunat.



Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimanya 12 rakaat.

Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw,

"Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari & Muslim)

Drp Anas, Sabda Nabi saw,

"Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istamna di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."

Rasulullah bersabda lagi,

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."

Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:

"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani

..............SAMBUNGAN PADA EDISI KE-2......................

Thursday, July 15, 2010

SuaRa Hati bErbicaRa



Malam nie,malam Jumaat rase mcm seumpama tenang, lebih lagi esok hanya ade 2 jam kelas. Al malangnya slide utk pengajaran esk belum settle. Tadi selama 2 jam melakukan practikal utk pelajar sem 1 iaitu meliputi procedure bathing dan sponging. Akulah yg menyediakan segala equipment, akulah yang menyediakan troli. Hehehe macam berat aje keje, walhal bilik persediaan kelengkapan bersebelahan dengan skill lab. Boleh aje nak minta tolong clinical instructor untuk melakukan segalanya tapi tak sampai hati.Lagi satu diriku memang mempunyai iltizam datang ke cni utk grabb segala pengalaman dan belajar segalanya dari zero ke z..Alhamdulillah mudah aje lalui pagi nie, sediakan troli utk procedure yg simple.Minggu nie memang kena laksanakan 2 procedure serentak, memanndangkan 2 minggu dari sekarang pelajar akan ditempat kan ke clinical posting di Hospital Sultan Ismail dan Hospital Segamat.Memandangkan aku memegang subjek Fundamental of Nursing II perlu la berhempas pulas cikit utk mengejar masa menyiapkan diri pelajar dengan procedure2 basic.Minggu depan seperti yang di plan kan dlm minda skrg utk melakukan p3 procedure iaitu mouth care, hair examination dan hair shampooing. Mengikut Ibu Aida (lecture nursing yg senior-dari Indon), pelajar harus dibekalkan terus semua procedurenye.Bikin habis dlm mas 2 minggu nie(loghat dicni memang jadi indon)hihi. Sbnrnya takde byk sgt pun, sekadar keperluan n yg penting2 je.Hati relax dan tenang je, sbb benda2 nie sume tak membebankan diriku.Selama 2 minggu disini sangatla bahagia dan gembira.Berat makin bertambah, 3 kg dah naik, emangnyer memang aim utk dinaikkan lagi sampai 47kg.InsyaAllah.Makanan disini amatlah menyelerakan seumpama masakan di klate.Yang paling kelakar, bila pelajar2 kelas ku memanggil ustazah.hihi;-).
Gaya ismie simple je, mcm menghadiri kuliah sewaktu belajar di UIAM dulu, jubah dan bertudung labuh.Lebih terharu lagi, bila masuk kelas semua pelajar bangun mengaminkan doa, beri salam, diakhir kelas salam cium tangan.Time kasih miss"ungkapan yg buat diri teruja.Betapa kurase bahagianyer menjadi seorg guru.Dalam hatiku ade segugus iltizam, dalam hatiku ade segugus cita2, InsyaAllah slow2 akan ku rasuk hati mereka akan terserap kenikmatan Islam itu sendiri.
Tiap2 kali kelas tidak lupa selitkan tazkirah2 ataupun slide2 yang menjuruskan kesedaran..Dalam keseriusan mengajar, kdg2 diri ini suka buat lawak, kdg2 bahagia tgk anak2 didik terbahak2 ketawa.Banyak benda yang indah ingin dicoret dari pengalaman dan hari pertama menjejak kaki ke negeri johor.Masih ku ingin 3 jam sebelum berangkat ke Bandar Penawar, ketika bersmam ma tersayang di Terminal Bas KOta Tinggi, hati ini menangis teresak2.Entah kenapa terlalu emosi.Dalam hati satu je sedih krn sekejap lagi bakal berpisah dgn ma.Diri ini masih ingat, ketika berehat di perhentian tu, diriku berbicara kat ma utk pi ke tandas bkn buat apa, tapi amik wuduk agar hati ini kuat.Dalam solat sunat itu, teresak2 aku menangis.Aku solat dhuha tapi disambung dgn solat hajat.Ma pun sedar aku asyik nangis dalam surau tu, ma pun bingkas bangun amik wuduk dan solat bersama..Itu paling aku terharu, lagi la bertambah sedih hati.Aku cium peluk gak ma disitu disurau itu sementara menunggu utk ke Bandar Penawar.Memang aku tunduk je muka, sbb tak bleh tgk traut wajah ibu tersayang, pasti air mata pasti akan mengalir.Alhamdulillah, kini ku rase kuat, dgn adenyer teman2 disekeliling dan org tersyg yg sentiase support wlpn jauh diklate dan di kg. bharu.
Alhamdulillah, skrg lega, bahagia sgt.Malam nie dah pukul 10mlm tp masih berblog, meskipun pagi esk ade satu lagi kelas dari pukul 10pg-12pm.Hoho alamaknyer stay up la kejap mlm nie, nak ciapkan slide yg berbaki.