I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, July 21, 2010

CoRetan Hati KuikhLaskan BuAtmu - Edisi 3


-Dengan NamaMu Ya Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-

1 Julai (Khamis)-Tuntutan kerja, meeting pertama sudah bermula bersama Prof Madya Dr.Mat Jizad Abdol, Ketua Executive INSTEDT. Agenda meeting pertama untuk sem nie adalah kearah melaksanakan pembelajaran dan penyampaian yang efektif.

“Mediocre lecturer tells,
The good lecturer explains,
The superior lecturer demonstrates,
The great lecturer inspires.

Dikala ini ingat pada idola ana iaitu ayahanda sendiri, Ab Aziz Haji Omar, yang mana telah berkhidmat dlm bidang perguruan hampir 26 tahun.Komitmen kerja dalam mendidik anak bangsa yang dimiliki oleh ayahanda ana amat tinggi, ana begitu kagum dan respect. Ana ingin menjadi guru seperti ayahanda ana. Beliau sering mendapat hgelaran Guru Cemerlang dan Guru Pakar Sastera dalam Negeri Kelantan selain menjadi pemeriksa kertas SPM selama 12 tahun. Segala selok belok dan rencah hidup dalam bidang perguruan nie, dia dah rasai. Begitu jua, datuk ana, Ab Ghani Haji Daud yang merupakan pesara Guru Besar di sekolah rendah ana, iaitu Sekolah Rendah Sultan Ibrahim (3), Pasir Mas, Kelantan.




Aktif dalam memberi ceramah pengajaran sastera


Ayahanda ketika menghadiri mesyuarat penting


Abis keje, ana balik ke rumah baru bersama kawan2, ain, hazwani, suci dan mahdiyah ke rumah baru.Bersiap-siap unutk bergotong royong membersihkan rumah baru. Sampaila hari senja, matahari terbenam ke ufuk barat, maka kami bersurai. Hari Jumaat iaitu keesokkannya, mula memindahkan barang masing2.Lega rase dapat menaiki rumah baru.Tapi malam nie masih tak bersedia untuk tido dirumah baru.

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
Yang berat sama dipikul
Yang ringan dijinjing sama
Sepakat membawa berkat asas hidup bermasyarakat
Amalkan hidup yang sihat selamat dunia akhirat

Hari nie, hari Sabtu waktu kerje pun hanya separuh hari.Suka sangat. Petang nie semua lecture dijemput ke Majlis Perasmian Penutup Minggu Silaturrahim Sesi Jun/Julai 2010 di Desaru Golden Beach Hotel. Perjalanan hanya memakan masa 10 min dengan kereta.
Pulang dari majlis perasmian penutup itu, dengan bacaan bismillah ,akhirnya kami berlima menetap dirumah baru. Waktu antara Magrib dan Isya’ itu kami berlima sama2 menunaikan solat magrib Isya’ dan solat hajat berjemaah disertai dengan bacaan surah Yassin.Alhamdulillah ,semuanya selamat.

Doa Keselamatan


Sabtu 10 Jun 2010,diadakan hari riadah bersama staff-staff INSTEDT di Bujang Rakit, Sungai Lebam-menerokai panorama malam bersama si kunang-kunang (firefly). Pengalaman yang cukup manis, menaiki feri menghayati makhluk ciptaan Allah SWT yang boleh mengeluarkan cahaya. Betapa lirik lagu kedamaian mengisahkan keadaan Bandar Penawar tu sendiri yang jauh dari hiruk pikuk kota. Alangkah damainya.

Ku rindukan cahaya si kunang-kunang
Pelita rimba hiasan gelap malam
Bintang nan bersinar bergemerlapan
Sang rembulan penerang alam nan gelita

Ku rindu mandian air di bukit
Kedinginannya menyentuh di dalam hati
Burung berkicauan berlagu riang
Di sinilah ku miliki kedamaian

Rindu...
Cahaya sang rembulan
Dingin angin rimba menyusup di hati
Rindu..
Hembusan sang bayu
Buahan meranum pepohon menghijau
Merdu suara kicau burung
Dinginnya air terjun
Ku kembali semula menikmati segala
Keindahan...

Ku rindu saat-saat bahagia
Tak mungkin pudar
Segar dalam ingatanku
Biarku jauh di sini, jauh di desa
Bahagia telah bersemi selamanya

No comments:

Post a Comment