I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, July 17, 2010

CoRetan Hati KuikhLaskan BuAtmu - Edisi 1




-Tulisan ini didedikasi buatmu-

Alhamdullilah ,ungkapan pertama yg mampu Ana lafazkan bila mendapat khabar berita itu.Ana masih ingat dikala sahabat ana, Nur Ain Mahat mengutarakan kpd ana pada suatu mlm tika ana berada dipengakhiran posting di Hospital Sultan Ahmad Shah,Temerloh. Mie, nak tak kite pi keje kat INSTEDT, johor..Balas Ana dengan baik, apehal johor jauh tu, tak pernah terlintas dibenak fikiran ana utk berada dikutub selatan tanah air.Pada mlm tu jua, ana berbalas mesej dgn seseorang dlm hidup ana.Macam mane keputusan awk, awk nak pi interview dgn INSTEDT ke?..punya la hati nie berdesir utk menyekat kemahuannyer dari pergi interview.Lama2 akhirnyer,ana sekali yg tertarik utk pi interview tu.Lebih mudah lagi perjalanan, apabila interview itu dilakukan di dalam Jalan Hospital, kampus UIAM, Kuantan.Bila sahabat ana itu menyatakan bahawa kawan2 yang lain , Jadul, Nidzam, Hassan dan Rafiq nak join gak, hati ana jua rase tertarik utk mencuba..Rasenyer hari interview tempoh ari 8 Jun 2010 (Selasa).Kami berempat (Jadul, Hassan ,Nidzam n ana sendiri)menaikki Myvi NBX339 ke Jalan Hospital.Dalam perjalanan nak sampai tu, kitaorg dah berbincang, alahai macam mane ye, klu nanti Dr.A mengetahui kiteorg dtg utk interview sebagai lecturer. Walhal seluruh alam sudah mengetahui yg Dr. A nie memang tak suka kepada freshier2 terus involve ke bidang pendidikan.Mungkin dia ade falsafah dia tersendiri.Setiap org ade ideologi masing2 yang perlu kite hormati, jadi tdk perlu lah diperlekeh atau direndah2kan.Syukurlah, seramai lecturer yg lalu lalang didepan Office JHC tu, menegur kami sume dan memberi support agar kami membuat dgn terbaik.Cayok2;-) Lebih terharu apabila Dean Kulliyyah of Nursing, Prof.Dato Kamaruzzaman Wan Su dgn ikhlas memberi support kpd kami semua. Dalam hati, terdetik jua, silapnyer interview diadakan didlm bangunan UIAM.Ape2 pun ade hikmah tersendiri.Dari jam 9 pagi kami berdudukan disofa dpn office, berbincang,berborak sesama kami.Kadang2 datang usikkan, ermm Ismi tak berdebar la sbb Ismi dah byk kali pi interview..hehe,ana senyum je.Dalam hati berdebar jugak mcm korang.Memangla interview INSTEDT tu dah yang ke-4 selepas KIST (Kolej Islam Sains Teknologi, Bachok), Masterskill Kota Bharu dan KPJ Seremban Specialist (*aim ana*).Tapi yang paling ana nak tuju sekarang adalah KPJ Nilai iaitu Nursing and Health Sciences International College.Sekitar kul 3pm, berakhirlah sesi interview, bermula dgn Ain, Rafiq, ana, Nidzam, Jadul dan Hassan.Dalam interviewku, ana rase nak tergelak bila Puan Rubiah (Ketua Jabatan Nursing)dan Puan Hariza Hashim (ketua Pegawai Ekxecutive INSTEDT)mempersoalkan, kekecikkan diri ana.hehe takut ditenggelami oleh pelajar2.Ana jawab, InsyaAllah mampu, fizikal bukan ukuran utk menentukan kemampuan kite membawa sesuatu tetapi lebih kepada ketinggian semangat dan keyakinan kite.Keberanian itu bukan terletak pada aspek fizikal semata2 tapi lebih kepada keberanian dalaman;-)..Sekitar kul 3petang, kami berangkat utk pulang.Nidzam mencadangkan kite sume makan kat restoren Sister Arbaktun Mardiah, Lecture kami.Bersama 4 org (Jadul, Nidzam, Hassan dan diri ana.Makanan yang special ari nie ialah, Nasi Kukus Ayam.Marveollous sgt,sedap sampai menjilap jari sehinggakan salah seorg kawan ana Nidzam makan 2 pinggan nasi.huhu salute la Bro..Yang paling kelakar dan peristiwa sejarah kat cni, air laici ana tertumpah dpn diaorg, gara2 ana bermain2 menyusun pinggan selepas makan.hehe;-) Maafkan Ismie kawan2.itu ungkapan diri ana buat semua.Time nie Ain dan Rafiq dah bertolak pulang.

Isnin (21 Jun) sekitar kul 11 pagi, ana menerima panggilan dari Puan Junaidah Junaidi yg memperkenalkan diri sbg pentadbir Human Resourse INSTEDT.Lafaz alhamdulillah, ana sambut dgn hati penuh bahagia.Ana dapat mesej jua dari seseorang yg isitwewa mengatakan yang dia pun menerima panggilan telefon dari INSTEDT.Semuanyer rezeki, dalam waktu seminggu utk membuat keputusan nie banyak benda yang perlu dipikirkan.Sementelahla lagi, 23 Jun (Rabu)hari yang paling penting sepanjang 6 tahun menghambakan diri pada bidang kejururawatan.Kiranya tarikh semua pelajar yang ingin mendapatkan lesen kejururawatan, perlu menduduki Lembaga Jururawat Malaysia punya Exam.Sesak nafas jugak dibuatnya, membuat keputusan untuk menerima INSTEDT atau tidak.Banyak benda yang perlu difikirkan, jarak yang antaranya perlu dikorbankan, dan jauh dgn ma ayah. Hati kecil ana masih ingit,tatkala bangun pada Isnin 21 Jun, ana tunaikan solat Dhuha dan solat hajat, tdk terlepas utk mengaji al-Quran.Ana tenang duduk dibilik Ana sendirian, menghabiskan waktu yang tersisi sementara meninggalkan UIAM kampus pd 25 Jun.Kuasa Allah SWT, lepas aje Ana berdoa merayu agar memberi yang terbaik utk diriku dan bakal pasanganku..Selang beberapa minit, tefon Ana berdering, Ana masih ingat tertera no 07-8222 008.Nombor ini ememang cukup asing bagiku, tapi aku try utk menjawab panggilan itu."Saya Puan Junaidah Junadi dari Institut Sains dan Teknologi Darul takzim, awak Nur Ismilida binti Ab Aziz berjaya ditawarkan sebagai pensyarah. Sila melapor diri pada 28 June 2010. Ya Allah, berape cebisan saki baki masa aje yang tinggal utk ku membuat keputsan ini, dan berape jua mase yang tinggal utk ana berehat selepas penat berhempas pulas belajar.Mungkin ini dinamakan rezeki. Sesungguhnya Ya Allah , ana yakin terhadap rezeki daripadaMu.Aku yakin pada kuase dan berkat waktu DhuhaMu.Berikan ku kekuatan agar aku isitqamah dalam menunaikan Duha utkmu.Berkat waktu DhuhaMu Ya Allah, rezeki ini umpama magnet atau tarikan utk diri ana yang seba dhaif.


Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha ini adalah waktu dhuha-Mu, cahaya ini cahayaMu, kerinduan ini kerinduanMu,Kecantikkan ini, KecantikkanMu, Keindahan ini adalah KeindahanMu, kekuatan ini kekuatanMu, Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka Engkau turunkannya, jika ada di bumi maka Engkau keluarkannya.Jika ia jauh, maka dekatannya dan jika ia sukar maka permudahkannya dengan keberkatan dhuhaMu, cahayaMu,
kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh. Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."

Untuk menentukan agar keputusan yang bakal ana lalui nanti adalah yang terbaik, desir hati ini agar ana menunaikan Istikarah padaMu setiap malam , bermula saat ana mendapat tawaran itu.
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya". Aku berserah kepadaMu saja Ya Allah.

Sehari sebelum menjelang exam iaitu pada 22 Jun 2010 (Selasa),ana menghabiskan masa bersama sahabatku Amria Awang (kak am) dan Nur Syazana (fos) di cafe UIAM ,Kuantan.Dalam perbualan selama 2 jam itu, kak am dan fos byk menasihati ana agar menerima tawaran yang dikira baik pada saat belum dapat lesen utk diiktiraf sbg staffnurse. Kak Am" emi, pegila cana, jangan tolak , cari pengalaman.Emi kan ckp kat Kak Am yang emi nak kawin, jadi pegilah, sementara menunggu result LJM kirenyer dalam mase sebulan tu. At least dapat dah menceduk pengalaman dan mengumpul wang". Fos menyambung" pegilah sementara dah dapat tawaran, lagi pun bukan emi seorang kat sana, tapi bersama kawan2 lain seperti ain, rafiq, nidzam. Time tu fikiran ana jadi berbelah bagi sebab seseorang yang terdekat dgn ana jua berbelah bagi samada utk bekerja di Johor atau tidak, cukupla ana mengerti masalah peribadinya dan sesuatu yang menghalangnye untuk bersama2 kerja di INSTEDT.Ana redha, hehe walaupun kadang2 terkilan. Tapi ana fikir biarlah keputusan yang diambil tiada paksa memaksa antara satu sama lain, janji sama2 dapat merasai kebahagiaan.Selalu dia menjelaskan kepada ana , bahawa jarak yang jauh bukan menghalang untuk sesuatu perhubungan ,yakin pada Allah SWT.Allah swt yang memiliki hati hambaNYa.Hati-hati ini jua diikat dengan keyakinan hambaNya padaNYa. InsyaAllah jarak yang jauh nie utk menambah lagi kemanisan sebelum berumah tangga kelak. Baru ana rase tenang.Mungkin bagiku seorang perempuan , ana hanya fikir cinta dan hubunga itu perlu hadir didepan mata.. Segalanya yang terbaik daripadaMu, segala urursan yang telah ditakdirkan aku redha.Segalanya ade hikmah2 tersendiri, itu yang aku yakin.

23 Jun (Rabu)-Alhamdulillah exam dah lepas,tapi memang sukar la sgt soalan tahun nie. Tak seperti yang ana dan kawan2 lain expect.Itula pasal stress punya pasal induce teethache..huhu.Balik aje dari JHC, sekitar pukul 2 berangkat ke Poliklinik Beserah ditemani seseorang. Dia pun tau ana takut cabut gigi. Sekitar kul 3, ana dipanggil masuk ke bilik doktor. 2 org doktor yang meng check gigi ini. Yela ana mengadu sakit, tapi ana tak tahu gigi mane yang betul2 sakit. Ana cakap yang keseluruhan gigi geraham atas bahagian kanan yang sakit. Rupanyaer, memangla, doktor cakap gigi ana ade yang berlubang, walaupun gigi yang berlubang tu bukan pada bahagian atas, tapi nerve2 gigi kan banyak, of course give
effect to the otherz. Pasal gigi nie, memang dugaan dan kesabaran buat diri ana. Selama sebulan ana merana sakit, bermula pegi posting di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. 2 minggu posting kat cna utk Oncology course.Bab membuat pemeriksaan gigi nie memang ana sangat takut. Fobia dengan zaman kanak dahulu, sentiase berjumpa doktor gigi. Seingat aku paling last time kanak dulu ketika berumur 8 thn , aku cabut gigi geraham yg ana rasekan amat sakit sampai bengkak seminggu biarpun .huhu, sejak dari itu, mals dah nak jumpa dgn doktor gigi. Pendirianku, ape nak jadi, jadilah.hehe.Yang kelakarnya, bila dah masuk bilik doktor petang tu, aku boleh melompat kuar sebab tak bersedia untuk cabut lagi petang tu.Keesokkannya, aku ke Poliklinik Beserah skali lagi bersama sahabatku, Nur HIdayah(dayah) ditemani jua Jadul dan Hassan yang hantar kami ke poliklinik.Begitu setia sahabatku dayah menunggu ana pagi tu, agar ana cabut gigi".hihi, tergelak ana mendengar.Semangat dia membuat kan ana beriltizam utk cabut gigi gak pagi tu, sbb ana fikir dari menangung lagi sakit utk berbulan2 baik ana deserve sakit utk kali nie aje.Lebih2 lagi klu ditakdirkan ana jadi bekerje dan melapor diri pada 28 Jun, mestila ana kena pegi dengan keadaan sihat walafiat.Alhamdullillah semuanya, selamat.

Nie lah sahabat ana, time nie ketika percutian di Deerland, Temerloh.





24 Jun -Hari yang paling bermakna buat insan yang istimewa dalam hidup ini, iaitu hari kelahirannya yang ke-24.. Ana sendiri bagi tau hadiah nanti sy bagi lambat la ckit, tunggu sy keje baru special. Ungkapan dari dia yang buat hati ini terkedu dan terharu" Cukupla saya memiliki awak,hadirnya awak adalah hadiah utk saya".

25 jun (Jumaat)-Sepatutnya pulang ke rumah abg kat kemaman hyn utk merehatkan diri sementara menunggu hari melapor diri pada 28 June. Tapi memandangkan badan tidak mempunyai kekuatan dan terlalu lemah (akibat mengangkat barang2 yang byk), plan A berubah kpd Plan B.Ayah call ckp balikla umah, kite fikir kemudian samada nak pi laporkan diri di INSTEDT atau tidah.Hehe, sebenarnya, ana sendiri masih keliru samada jawapan mane yang terbaik.Badan lemah mungkin takde semangat,lagi2 bila seseorang tidak ikut bersama ke INSTEDT. Ana rase klu seseorang tu pegi lapor diri bersama, kekuatan ana mesti lagi bersemangat dan tidak fikir penat.Sekitar kul 12 , aku, abang, kak Ina (isteri abg) dan 2 org anak2nya; Nur Adrina Batrisya dan Nur Alya Batrisya bertolak pulak ke Klate.Menaiki Volvo WKS 8220, kereta kesayangan abang ana.Sebelum bertolak , ana sempat calling ke INSTEDT utk membuat penangguhan tarikh melapor diri. Alhamdulillah dapat la di postpon kan kpd 30 Jun (Rabu). 4 hari berehat ana rase dah dapat la utk energize kan diri dari aspek fizikal dan mental terutamanya. Ayah aku cakap emosi kena stabil sebelum masuk ke alam pekerjaan.Agar hati tenang dan gembira.Alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar.

Bersama anak saudara, Nur Adrina Batrisya dan kakak ipar di Melaka



apa yang diri ana nak sampaikan disini ialah tuntutan melakukan solat Dhuha walaupun ia sekadar solat sunat.



Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimanya 12 rakaat.

Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw,

"Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari & Muslim)

Drp Anas, Sabda Nabi saw,

"Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istamna di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."

Rasulullah bersabda lagi,

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."

Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:

"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani

..............SAMBUNGAN PADA EDISI KE-2......................

2 comments:

  1. I am glad that you people are still together. Great experience and it's so nice to have met you people. New environment, new everything for me.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, with the bless from Allah, we hope that the ukhwah fillah, tighthen dan strengten forever. We are still together as a brother and sister,same goes to you;-)

    ReplyDelete