I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, July 21, 2010

CoRetan Hati KuikhLaskan BuAtmu - Edisi 2



-Dengan NamaMu Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang-

Bertarikh 28 Jun 2010 iaitu hari Isnin sekitar kul 8mlm bertolak ke Johor.Walaupun berat hati tapi kulangkah dan kugagahi jua. Ana pegi dengan menaiki bas bersama bonda tercinta Nor Hayati Ab Ghani.Memandangkan ayahanda tak dapat mengambil cuti yang berkebetulan, pelajar-pelajar sekolah tengah exam.Adik-adik ana semua pun tengah menghadapi exam jadi semua takdapat menyertai ana ke Johor.Klu tak, sebuah kereta dengan atuk akan berkonvoi ke Johor. 12 jam ana terperap dalam kedinginan air-cond bas dan disertai kedinginan malam.Ana menghabiskan masa berborak bersama bonda tercinta. Allah SWT je yang tau suara hati ana time tu, berat,resah,gelisah semua ana pendam. Ana dah dapat agak, esok mesti emosi ana akan bercelaru, bercampur sedih, sebab ana akan berjauhan dah dengan bonda ana.

"Kehadiran permata permata hati yang menbahagiakan hidup Ana.Ya Allah Engkau bagilah pinjaman ini agar dapat ku miliki dalam waktu yang panjang.Kemanisan hidup bersama masih belum dapat ku hayati memandangkan Ana sentiase menjadi musafir ditempat oarng sepanjang tempoh belajar dan bekerja".


Ana tiba di Stesen Bas Kota Tinggi, sedang berjalan membawa beg, terserempak dengan seorang hamba Allah yang baik, dengan berkereta Jabatan Agama Negeri Johor, mempelawa ana dan bonda untuk dihantar ke tempat rehat sebelum menaiki bas.Alhamdulillah, mudahnya urusan ana dipagi ari ini.Bonda tersenyum manis mengenangkan tak terbeban mengangkat beg yang banyak ke tempat berkenaan. Ana sampai dan beistirehat disurau, saempat menunaikan solat dhuha dan sujud syukur. Disnilah emosi ana tidak terbendung, asyik nak nangis aje bila tengok riak wajah bonda tercinta.Ana taubeberapa ketika lagi , ana akan berjauhan dengan bonda. Untuk ke Bandar Penawar perlu menaiki satu lagi trip bas, jaraknya sekitar 45 minit perjalanan dengan kereta. Lepas selesai hantar ana, disebelah mlm ana bersama kawan,menghantar bonda ke terminal untuk pulang ke Kelantan.Sekali lagi air mata ana membasahi pipi, banjir kelopak mata ana.Ana peluk cium bonda seerat-eratnya.

30 Jun (Rabu)-Hari yang bersejarah buat diri ana sendiri kerana hari ini ana melaporkan diri sebagai seorang lecture Nursing di INSTEDT.Selepas menghayati dan menteliti agreement , lantas ana menurunkan tandatangan sebagai akur dengan kontrak yang disampaikan.Bermulalah, ILTIZAM ana untuk menjadi seorang cikgu bagi mendidik anak-anak bangsa. Ketua Jabatan Sains dan Kejururawatan, Puan Rubiah Tom mengamanahkan ana sebagai guru kelas sem 1 (group B).Hari yang mengembirakan berkenalan dengan ramai staff2 baru.

Di depan sana harapan menantikan
Munculnya wahana sinar kejayaan
Yang bisa bangun setelah direbahkan
Diratap kecewa sepi sendirian

Iltizam kita perlulah ditingkatkan
Sahsiah kan hebat menyerlah
Iman kita itulah kekuatan
Berjihad di segala bidang




Inilah panorama-panorama tempat kerja baru ana.Sesegar taman yang jauh dari hiruk pikuk bandar;-)



Welcoming to INSTEDT


Bangunan Kampus INSTEDT


Tasik yang menjadi tumpuan pelajar beriadah

Asrama pelajar yang terdiri daripada Kolej Delima, Kolej Teratai

No comments:

Post a Comment