I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, August 1, 2010

CoRetan Hati KuikhLaskan BuAtmu - Edisi 5


-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Dah dekat seminggu menyepi tanpa membuka warkah penulisan. Berbicara dengan ayaman perasaan dan pengalaman kehidupan seharian.Hari ini mungkin ana mampu meluangkan masa utk berbicara seuntai kata, Ana amik kesempatan"berlapang sebelum datangnya sibuk".

Sepanjang dua minggu nie, ana rasa bersyukur dengan pengisian hidup menyertai program2 yang berbentuk ilmiah dan islamik anjuran INSTEDT.Alhamdulillah, masih ana merasai suasana seperti suatu ketika dahulu ketika berada di Universiti Islam Antabangsa Malaysia, Kuantan dgn kepadatan program-program yang bersifat keilmuan, keagamaan dan kerohanian.

Minggu lepas bertarikh 24 July 2010 (Sabtu), ana mengikhlaskan diri menjadi salah seoarang fasilitator utk program SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT.Majlis yang berlangsung sepanjang hari ini berkampung di Masjid Al-Syifa Bandar Penawar.Seikhlas hati,ana memang teruja andai sesuatu program bertempat dimasjid kerana pada penglihatan ana masjid ini mempunyai landskap yg tenang dan mendamaikan jiwa selain memiliki pelbagai kemudahan seperti bilik mesyuarat, dewan kuliah, dewan pengajaran, perpustakaan mini serta dataran yang luas.Masjid nie jua menjadi tempat persinggahan ana setiap hari ketika waktu lunch utk beristirehat selain menunaikan solat Zuhur secara berjemaah.Alhamdulillah, sekurangnyer ana ade kesempatan utk menunaikn solat berjemaah dimasjid.Sesibuk manepun dalam kite mengejar dunia, jangan mengabaikan perjuangan kite dalam mencari bekalan akhirat.Mencari dunia, sampai kiamat pun belum pasti cukup, belum pasti dapat melayani dan memuaskan nafsu yang sentiase membuat permintaan dan tuntutan.

Inilah Masjid Al-Syifa', Bandar Penawar.Kedudukannya hanya 5 min dari tempat ana mengajar (INSTEDT)



Jika kite menyingkap kembali susur galur ketika Nabi saw memilih membangun masjid sebagai langkah pertama membangun masyarakat madani, konsep masjid bukan hanya sebagai tempat solat, atau tempat berkumpulnya kelompok masyarakat (kabilah) tertentu, tetapi masjid sebagai majlis untuk mengendalikan seluruh masyarakat (Pusat Pengendalian Masyarakat). Dalam sejarah bahwa masjid pada zaman Rasul memiliki banyak fungsi :
1. Sebagai tempat menjalankan ibadah salat
2. Sebagai tempat musyawarah
3. Sebagai tempat pengaduan masyarakat dalam menuntut keadilan 4. Secara tak langsung sebagai tempat pertemuan bisnes
Bersesuaianlah dgn aktiviti INSTEDT kali nie iaitu Seminar yang secara langsung membantu mengimarahkan institusi masjid. Program Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat ini ialah program ilmiah yang mana bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar tentang betapa pentingnya menuntut ilmu dan menghayati budaya ilmu dalam kehidupan seharian disampaing meningkatkan keprihatinan, kecintaan dan kesedaran terhadap pendidikan.Secara tidak langsung, dapat membina kreativiti pelajar tentang idea-idea segar dan isu perkembangan semasa.

Bermula dengan pendaftaran seawal 8 pagi, dan disusuli dengan pembentangan kertas kerja:Proses Pembelajaran Efektif di IPT oleh Cik Marlina binti Md Jalani (Ketua Jabatan Pengurusan dan Perakaunan)

cIK mARLINA mOHD jALANI (Ketua Jabatan Pengurusan dan Perakaunan)


Sekitar pukul 10 pagi majlis diteruskan dengan Pembentangan Kertas Seminar:Kaedah Penyediaan kerja kursus di IPT oleh Dr. Siti Nurhani Ramli. (Ketua Jabatan Bahasa)

Pembentangan Kertas Seminar ke-2 oleh En. Baba bin Arba (Kaunselor INSTEDT) yang bertajuk "Cemerlang Dalam Peperiksaan :Impian Dan Realiti.



Pada sesi petang,berlangsung Forum:Menjana Matabat Kecemerlangan Diri, kini dan Selamanya daripada Perspektif Pembelajaran Sepanjang Hayat. Panel forum iaitu En.Baba Alba, Prof Madya Dr. Mat Jizad Abdol (Ketua Eksekutif INSTEDT), Cik Darenna Syahida binti Suib (Pengurus Akademik) dan Ustaz Mohd Fariiqul Amin bin Mohd Rosli (Pensyarah Pengajian Islam).Begitu rancak forum ini ketika berlangsung.




Majlis berlangsung dengan perbengkelan selama 30 min disusuli dengan sidang Pleno.Sungguh teruja pelajar2 mendengar setiap group berbicara dan melontarkan idea2 masing2.Tahniah utk semua pelajar dan fasilitator.




Antara fasilitator yang terlibat dengan program seharian ini.





Tahniah utk semua kawan2 seangkatan.Mencari sinar harapan dan kebahagiaan itu bukan sukar, hanya perlu diselami dengan ketulusan dan keikhlasan hati.Biarlah ape yang dilakukan keranaNya.
"WhEtHer We PLay LaRge Or SmaLL ROle, By WorKIng TogeTHer, We AChieVe OuR ObjeCtives"

No comments:

Post a Comment