I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, August 1, 2010

CoRetan Hati KuikhLaskan BuAtmu - Edisi 7



Mengikuti setiap hari info2 berkaitan Palestin tentu jua tidak pernah berakhir.Berbekalkan itu INSTEDT tidak melepaskan peluang untuk bersama2 menjayakan program yang berbentuk penghayatan terhadap kesengsaraan Palestin.Mungkin kite tidak mampu berjihad secara fizikalnya dengan membawa senjata, tetapi sekuranya kita boleh berjihad dengan menyalurkan bantuan kemanusiaan melalui sumbangan derma dan doa2 dititipkan kepada mangsa perang.Itulah yang dilakukan oleh INSTEDT dalam memberi kesedaran kepada pelajar2.Terdapat beberapa pengisian yang dilaksanakan dalam Minggu Al-Guds ini.



Buletin terbaru:
Jumaat, 30/07/2010 – Seorang perempuan Palestin cedera parah terkena letupan daripada ‘tubuh yang tak dikenali’ sehingga meninggalkan sisa-sisa disekeliling lapangan terbang antarabangsa Gaza, timur Rafah di selatan Semenanjung Gaza.

Menurut sumber tempatan, Masuda Rabah Abu Shalouf (21 tahun) mengalami luka parah dan akan dipindahkan ke Hospital Abu Yousef Najjar di bandar tersebut. Di bandar Beit Hanoun, utara Gaza salah satu pekerja telah ditembak oleh tentera zionis Israel dan dipindahkan ke Hospital Kamal Adwan. Menurut pengurus sektor kecemasan dan ambulans di Hospital Gaza, Muawiyah Hassanein, kecederaannya dilaporkan sederhana.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz

hARI Rabu bertarikh 28 Julai, Ana diminta untuk menjadi juri kepada program Pertandingan Nasyid dan Deklamasi Sajak bertema "Kedamaian dan Persaudaraan"anjuran Jabatan Kejururawatan dan Sains Kesihatan INSTEDT sempena Minggu Al-Quds.Seramai 5 kumpulan nasyid yang terlibat yang mana 3 kumpulan dari Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim dan 2 kumpulan dari Kolej Professional MARA.Manakala 6 peserta terlibat dengan mendeklamasi sajak.Ana teruja mendengar bicara dan bait2 sajak yang dilontarkan.Setiap peserta berusaha untuk menghayati bait2 sajak yang dideklamasikan.Sungguh teruja ana mendengarnya.Bukan Ana seorang yang menjadi juri pada waktu itu, tetapi bersama 2 orang lagi lecture iaitu En.Faizal dan En.Nasaruddin Mohd Fazali.Program ini bermula sekitar 2.30 petang dan berakhir pukul 5.30 petang.Alhamdulillah, pengalaman menjadi juri sungguh manis.


Disini ku selitkan sajak BANGKITLAH SAUDARAKU

saudaraku…!!
dimanakah kita…??
di saat saudara kita derita,
di saat darah mengalir di tubuh mereka,
di saat tangisan menghujani tanah air tercinta,

Saudaraku…!!
sedarkah kita…??
mereka di sana dinoda,
mereka di sana disiksa,
mereka di sana bertarung nyawa,

Saudaraku…!!
butakah kita…??
melihat mereka reba sebagai syuhada,
melihat hujan peluru yang membanjiri saban masa,
melihat yahudi bersorak meraih kematian saudara kita,

Saudaraku…!!
pekakkah kita,
mendangar rintihan mereka yang merobek jiwa,
mendengar letupan membinasa tubuh mereka,
mendengar lagu riang yahudi laknaktullah,



Saudaraku…!!
bodohkah kita…??
melihat perdamaian sebagai penamat sengsara,
menuduh saudara kita sebagai punca binasa,
lantang bersuara namun tiada hasilnya,

Saudaraku…!!
tak malukah kita…??
kita berharta,
tapi mereka,
melawan dengan pecahan batu-bata,
bangkit tanpa senjata yang gagah,
berbekalkan Allahuakbar,
mereka ke barisan pertama,
biar peluru menjadi hadiah,
mereka berundur selangkah

Saudaraku…!!
tak takutkah kita…??
bila Allah berkata,
apakah yang kita lakukan demi agama-Nya,
apakah yang kita buat demi Al-Aqsa,
apakah, apakah dan apakah…??

Bangunlah kita…!!
dari mimpi indah,
kita di ambang kesulitan,
agama kita diperlekehkan,
saudara kita diolok-olokkan,


bangkitlah…bangkitlah…bangkitlah…!!

Hari Sabtu (31 Julai 2010) bertempat di Dewan Besar KEJORA, berlangsung KONSERT BERSAMA UNIQUE a.k.a UNIC bertema "DARI HATI UNTUK PALESTIN".Alhamdulillah acara yang bermula pukul 9 malam ini berjaya menarik minat pelajar INSTEDT.Ana gembira kerana dapat menghadirikan diri bersama housemates dan rakan sekerja.Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment