I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, August 7, 2010

HaRi INi aDalah PeMbeRian


..Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya..Berbicara pasal kematian nie, tersentuh hati kecil ini semalam.Jauh Ana merenung, merenung pada nasib 2 org hamba Allah yang meninggal dunia gara2 bersuka ria dengan kawan2 menyertai aktiviti bermotor.Ana menerima call semalam kul 10 dari housemates Ana, yg kuar dgn tiba2 waktu magrib.Dalam perbualan telefon ini sempat dia menceritakan yg dia tgh menolong seorang hamba Allah yg telah meninggal dunia manakala yg seorg lagi nazak..Ana kaku mendengar, ape yg Ana bleh buat meskipun Ana seorg nurse, krn mangsa2 kemalangan itu sudah pun dihantar ke klinik berdekatan tetapi tdk cukup peralatan.Mampukah klinik menyediakan kelengkapan semua untuk merawat mangsa2 kemalangan yang teruk, tiada jawapan lain melainkan dihantar melalui ambulans ke Kota Tinggi.Tapi itu andai ade masa, andai mangsa dah tercungap2 kehilangan darah yg berterusan, mana mungkin utuk dilengahkan 2-3 minit lagi..Ya Allah, kecian jugak nasib bagi mereka yg terlalu memerlukan pertolongan.Semalaman memang fikiran ana memikirkan nasib remaja berdua itu, wlpn Ana pun tak kenal, memikirkan keadaan yg tragis, mati waktu magrib, meningalkan umah tanpa meminta izin ibubapa, dah solat ke belum...niat apa diaorg tadi sebelum berakhir dgn kematian, bersuka ria dgn kawan2..sempat ke dia mengucap...semua terngiang2...Sbg saudara seislam Ana mendoakan semoga pernah terlintas difiiran mereka utk bertaubat.Ajal maut itu tidak akan tunggu wlpn sesaat.
Wassalam

No comments:

Post a Comment