I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, August 1, 2010

CoRetan Hati KuikhLaskan BuAtmu - Edisi 6



-Dengan NamaMu Ya Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-

Sudah hampir sebulan bermusafir diperantauan yang jauh,sungguh jauh umpama berada di kutub selatan.Suka hati untuk ana memperkenalkan perkampungan baru Ana, walaupun asing tapi Ana berusaha meletakkan hati dan perasaan sayang pada Bandar Penawar.Keadaan Bandar Penawar nie umpama Bandar Kelahiran Ana iaitu Bandar Pasir Mas, Kelantan.Yang paling Ana bersyukur sangat sbb masakannya yang enak-enak dan memikat hati.Tidak pernah kurang selera Ana ketika berada disini.Alhamdulillah, kesyukuran dengan nikmatMu.Amin.

Sebagai sebuah bandar baru yang kian berkembang pesat, Bandar Penawar kini telah cukup dilengkapi oleh hampir semua kemudahan awam dan infrastruktur asas. Penyediaan kemudahan awam dan infrastruktur asas ini telah disediakan lebih awal lagi di kawasan ini dan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa oleh Lembaga Bandaran Johor Tenggara (LBJT).

Sehingga kini, antara kemudahan-kemudahan awam yang telah disediakan di Bandar Penawar adalah seperti masjid, surau, dewan serbaguna, balai raya, kompleks sukan, perhentian bas dan teksi, sekolah, balai bomba, balai polis, pejabat pos, klinik kesihatan, medan selera dan perpustakaan awam.Semua tempat2 nie hanya sekitar 10 minit dari tempat kerja Ana dan 15 minit dari rumah.

Antara Mercu2 Bandar Penawar.PENAWAR DI HATIKU.Penawar daripada lara.hikhik




Salah satu tempat makan kat Penawar, selain De' Anjung ,Dewanda Restoren dan Din corner.


Dewan KEJORA


Bangunan KEJORA


Terminal Bas & Teksi Bandar Penawar terletak depan INSTEDT.Memberi kemudahan kpd pelajar2 utk pulang ke kampung.


Perpustakaan awam terletak berhampiran dengan Dewan Kejora dan Tapak Pasar Tani


Tasik Penawar nie betul2 depan bangunan INSTEDT


Stadium Penawar.Pada hujung2 minggu lampu spotlight stadium ini akan bergemerlapan.


Satu lagi kemudahan sosial yang telah siap dibina adalah Perpustakaan Awam. Pembinaan perpustakaan ini yang telah diambilalih pengurusan sepenuhnya oleh Perpustakaan Awam Negeri pada 28 Mac 2005 yang lalu, mampu menarik lebih ramai penduduk ke Bandar Penawar untuk mencari bahan rujukan dan sumber ilmu.

Bagi kemudahan riadah dan rekreasi penduduk juga tidak dilupakan. Taman Tasik Penawar yang dibina di bawah program pengindahan bandar dan penempatan merupakan di antara kawasan rekreasi yang cukup menarik untuk dikunjungi di Bandar Penawar.

-Moga hati ini sentiase BahaGia daN ceRia-

No comments:

Post a Comment