I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, October 22, 2010

Surat Cinta Buat Keluarga-Part 2

Dengan Nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Warkah buat insan tersayang..

Daku Ismie, baru 24 tahun mengecap nikmat kehidupan dimuka bumi indah ini. Daku berbangga kerana lahir menjadi anakanda tercinta ayahnda dan bonda. Sejak Lahirnya daku kedunia maka tidak pernah sedetik pun aku jauh dari curahan kasih sayang dan belaian istimewa daripada kedua-duanya. Maha suci Allah yang telah menganugerahkan daku ayah dan bonda yang begitu sabar mendidik daku dan saudaraku serta mengasuh daku dengan bekalan ilmu duniawi jua ilmu untuk ku bawa apabila bertemuNYA kelak. Jutaan syukur ku titipkan padamu ya Allah diatas kurniaan rasa bahagia dan tenang daku, berlindung didalam rumahku yang sangat bererti buatku itu. Beralihnya usia, maka semakin jauh kakiku melangkah. Maka sejauh itulah jua daku temui pelbagai ragam insan yang seringkali menduga kekuatanku padaMU ya Allah. Daku insan yang lemah dan seringkali diriku ini rapuh dek hati yang tidak gentar menahan ujian yang begitu indah KAU aturkan. Ya Allah, aku syukuri nikmatmu menganugerahkan daku akal yang telah membawaku kesini, ke menara gading impian ayah dan bonda. Berkat doa kedua duanya yang sering meniupkan semangat dan menitipkan ketabahan maka daku bersyukur kerana menggembirakan kedua duanya. Daku Ismie dari keluarga yang sederhana namun bagiku kaya dengan ‘isi’ yang telah mencorakkan watak dan peribadiku kini. Maha suci Allah, hanya diriMU yang mengetahui sebaik baik dan seburuk buruk kejadian itu.








Bersama kawan2 jua di UIAM

No comments:

Post a Comment