I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, October 23, 2010

Surat Cinta Buat Keluarga-Part 3

Dengan Nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Ku utuskan warkah ini buat keluarga tercinta


Ya Allah, kini raut wajah ayah dan bondaku dipenuhi kedut-kedut indah yang begitu tenang. Raut wajah tua keduanya sering menjadi kekuatanku yang jauh disini, dibumi Penawar ini demi menuntut sebuah pengorbanan dalam mencari hasil usaha sendiri..Ayah pernah berkata dikala aku datang ke sini agar sentiasa tabah dan menjadi seorang muslimah yang berhaluan diri. Jangan sia-siakan hidupmu yang indah’. Lantas airmata ku berderai ke bumi. Ku kucup pipi Ma dan dahinya bersama hati yang tidak terkata, pelbagai rasa yang tidak dapat kugambarkan disini.

Kadang kala diri terkilan kerana sentiasa berjauhan dengan ibu bapa tatkala untuk menuntut ilmu.Selama 2 tahun diri ini bermusafir di Bandar Petaling Jaya Selangor, 4 tahun di Kuantan Pahang..sekarang berada jauh di pelusuk semenanjung Malaysia..dikutub selatan tanah air (Johor)..terkilan dihati hanya Allah swt aje tahu..Walaupun anakanda berada jauh disisi, tapi tiap-tiap saat akan ku titipkan bait-bait doa untuk kalian berdua, buat ayahanda dan bonda tercinta, Drs Ab Aziz Hj Omar & Nor Hayati Ab Ghani.

Ya Allah, andainya ajal ingin menjemput ayah bondaku, kau berilah peluang untukku berada disisi mereka. Ambillah mereka dengan tenang, beri peluang untukku menjaga dan membelai masa sakit mereka dengan penuh kasih sayang supaya dapat aku mengurangkan kesakitan saat ajal itu tiba. Aku juga bermohon moga diampunkan dosa keduanya. Dan, andai kiranya telah tertulis bahawa aku yang terlebih dahulu pulang kepangkuanMU, maka kau lindungilah keduanya. Ampunkan dosa-dosaku andai pernah mengguris luka dihati mereka. Ya Allah, maha suci tuhan yang mengatur ajal dan maut insan. Sesungguhnya aku Annisa yang merindui syurgaMU nan indah. Kuatkan hatiku, kurniakan ketabahan berpanjangan agar dapat ku lalui masa hadapanku ini dengan redha dan istiqamah.

Bersama adik bongsu perempuan, Nur Farrah Izzati Ab Aziz




Subhanallah. Walhamdulillah. Walaailahaillallah. Allahuakbar

No comments:

Post a Comment