I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, October 28, 2010

Setiap HAri Adalah PemBelajaRan &PengalamAN

Dengan Nama Allah Swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Menyertai Forum Awam bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2010 Peringkat Negeri Johor yang diramikan oleh Yang Berbahagia Dr.Haji Arbain Bin Lani iaitu Pengarah Hospital Sultan Ismail (HSI) pada 10/10/10.Anjuran Hospital Sultan Ismail Johor Bharu, MINDA dan Hospital Permai.Perjalanan yang bermula pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas INSTEDT.

Bersama rakan sekerja
Miss Mui Mui, Ibu Ratna, Ibu Evelyn, Miss Ain Mahat, Miss Ismilida, Miss Nadiah, Miss Azzah, Miss Ainul Mardiah, Miss Azira,Puan Aslina, En Rafiq Sumardi, En. Hasan Al-Basri, En. Nidzammuddin Azhar , dan En.Shahril.







Individu yang sihat mental berupaya mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain, mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan boleh menyumbang di dalam masyarakat (Definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia - WHO).

Menurut Polisi Kesihatan Mental Malaysia - kesihatan mental merujuk kepada keupayaan individu, kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi antara satu sama lain bagi menjana perasaan sejahtera dan fungsi yang optimis dan penggunaan kebolehan kognitif / intelek, efektif / emosi dan perhubungan dalam mencapai matlamat individu dan kumpulan yang konsisten dengan keadilan.

Secara amnya anda mempunyai kesihatan mental yang positif jika anda :

* Selesa dengan diri sendiri
* Selesa dengan orang lain
* Selesa dengan persekitaran
* Dapat memenuhi tuntutan hidup

Useful link for information about mental health in Malaysia:

No comments:

Post a Comment