I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, August 8, 2010

CuTeNyer AwAk, BeTapa KeAjaiBan PeNcipTaanNYA


Artikle ini dipetik dari Metro Harian bertarikh 1 Ogos.Rasional Ismie memilih artikle nie krn si cute itu.Ismie tak pernah lihat ikan putih gebu secute itu.


ARTIK bukanlah tempat menarik untuk dikunjungi di bumi ini. Namun, walaupun keadaan di sana hambar dan beku, ada sesuatu yang istimewa boleh menceriakan suasana di sana. Gambar berikut menunjukkan bagaimana paus beluga membantu manusia menyelam di bawah lapisan tebal permukaan ais.
Di dalam air, dua paus beluga menarik tangan seorang penyelam menggunakan mulut dan memandunya keluar daripada kegelapan di bawah lapisan permukaan beku.


Jurugambar, Andrey Nekasov, 38, dari Odessa, Ukraine, pergi ke Laut Putih untuk tugasan mengambil gambar spesies mamalia itu secara dekat.

“Laut Putih menjadi habitat paus beluga kerana pihak pentadbiran zoo dan taman air sering melepaskan anak mereka di sini. Paus beluga membiak dengan baik kerana ada banyak anak paus beluga di sini,” katanya.


Menurut Nekasov, paus beluga peka dengan keadaan yang berlaku di sekeliling mereka. Mamalia itu menggunakan mulut untuk merasa.
“Paus beluga menarik tangan penyelam melalui mulutnya dan mengajak pasukan penyelam mengikut mereka menerokai suasana dalam laut,” kata Nekasov.

Sesetengah paus beluga di kawasan itu ditangkap dan kemudian dilepaskan semula ke laut selepas menjalani kajian. Paus beluga mempunyai 40 gigi kecil yang digunakan untuk menangkap ikan.


Spesies mamalia ini sememangnya bijak kerana mereka curiga apabila pasukan penyelam menggerudi permukaan beku di Artik.

Ketika permukaan beku selesai digerudi, paus beluga akan menaikkan kepalanya sebagai perbuatan menyambut ketibaan pasukan penyelam. Sebaik pasukan penyelam terjun ke dalam air, paus beluga seolah-olah mengajak mereka mengikutnya.

Nekasov dan pasukan penyelam pergi ke kawasan di Laut Putih itu dengan menaiki kenderaan khas. Apabila tiba di tempat sesuai, pasukan penyelam daripada Persatuan Penyelam Artik menggerudi satu lubang di permukaan beku.



Sebaik mengalihkan lapisan ais beku, penyelam bersedia untuk terjun menggunakan tali dan menyelam pada kedalaman lima meter.

“Menyelam dengan paus beluga memang seronok dan menjadi aktiviti popular di sini kerana mereka sangat ramah. Apabila kami bersedia untuk terjun ke dalam air, mereka menaikkan kepala dari lubang yang digerudi dan seolah-olah mengajak kami mengikut mereka. Paus beluga berlagak bagaikan pemandu pelancong di sini,” kata Nekasov. — Agensi

CoRetan Hati KuikhLaskan BuAtmu - Edisi 8..I LoVe My LiFe..





-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-
Hari nie bertarikh 7 Ogos, tinggal beberapa hari lagi akan berlaku pertemuan dengan Ramadhan al-Mubarak yg sgt ditunggu2kan oleh sekelian ummat Islam secara amnya. 1 Ramadhan dah menjadi tradisi di Institut Sains & Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) sebagai cuti.Alhamdulillah, dapat merasai kenikmatan cuti gak walaupun sehari. Hari ini indah berseri perjalanan hidup ini.Syukur tidak terhingga.InsyaAllah hari ini dapat merungkaikan satu permasalahan sebuah kehidupan utk seseorang.Moga2 pertolongan yang tidak seberapa itu memberi impak yang banyak dalam menuju perubahan dalam kehidupannya pada masa akan datang.Pertemuan dengan Ketua Jabatan Kejururawatan & Sains Kesihatan seolah memberi satu sinar harapan buat insan-insan bertuah itu.Moga-moga rezeki melimpah ruah terhadap kalian nanti.



Sekitar pukul 8.30 malam, mengikhlaskan diri untuk menghubungi Coordinator Research & Post Graduate Kulliyyah of Nursing UIAM iaitu Asst.Prof Dr.Laith Issa Yassin Al-Araji, jua selaku Supervisor ana sewaktu menyiapkan Final Year Research Project. Dibawah kelolaan beliau, Alhamdulillah ana berjaya menyiapkan thesis bertajuk “Knowledge of Pelvic Floor Muscle Exercise (Kegel Exercise) Among Women in Kuantan”.Perjuangan ana belum terhenti setakat itu, sebenarnya ana masih perlu menyambung research project atas nama UIAM lagi dengan beliau.Kiranya menjadi Research Assistant.Semua data collection ana dah ciap collect, just to key in data and analyze it into SPSS.For sure, this time I’m not enough time to make these settle.InsyaAllah , I’m promise that I want to settle down all of these after Aidil Fitri.Syukur, ana mendapat pelepasan itu.Ana rase bahagia amat.Segala urusan ana dipermudahkan Allah. Ana simpan iltizam, dalam bulan Ramadhan nie selain menambahkan ibadat fardu, ana kena kuat bekerja.Bekerja seumpama untuk hidup seribu tahun. Malam2 sudah pasti kena stay up utk ciapkan key in data.Alhamdulillah , selama ana tinggal disini, ana rasa masa ana penuh dan disibukkan dengan pekerjaan2 yang bermanfaat.


I love my life
I always pray to God
Bless my life
Bless my family
Bless my partner
Give us health
I hope that my journey will be easy to treasure.

Saturday, August 7, 2010

HaRi INi aDalah PeMbeRian


..Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya..Berbicara pasal kematian nie, tersentuh hati kecil ini semalam.Jauh Ana merenung, merenung pada nasib 2 org hamba Allah yang meninggal dunia gara2 bersuka ria dengan kawan2 menyertai aktiviti bermotor.Ana menerima call semalam kul 10 dari housemates Ana, yg kuar dgn tiba2 waktu magrib.Dalam perbualan telefon ini sempat dia menceritakan yg dia tgh menolong seorang hamba Allah yg telah meninggal dunia manakala yg seorg lagi nazak..Ana kaku mendengar, ape yg Ana bleh buat meskipun Ana seorg nurse, krn mangsa2 kemalangan itu sudah pun dihantar ke klinik berdekatan tetapi tdk cukup peralatan.Mampukah klinik menyediakan kelengkapan semua untuk merawat mangsa2 kemalangan yang teruk, tiada jawapan lain melainkan dihantar melalui ambulans ke Kota Tinggi.Tapi itu andai ade masa, andai mangsa dah tercungap2 kehilangan darah yg berterusan, mana mungkin utuk dilengahkan 2-3 minit lagi..Ya Allah, kecian jugak nasib bagi mereka yg terlalu memerlukan pertolongan.Semalaman memang fikiran ana memikirkan nasib remaja berdua itu, wlpn Ana pun tak kenal, memikirkan keadaan yg tragis, mati waktu magrib, meningalkan umah tanpa meminta izin ibubapa, dah solat ke belum...niat apa diaorg tadi sebelum berakhir dgn kematian, bersuka ria dgn kawan2..sempat ke dia mengucap...semua terngiang2...Sbg saudara seislam Ana mendoakan semoga pernah terlintas difiiran mereka utk bertaubat.Ajal maut itu tidak akan tunggu wlpn sesaat.
Wassalam

Thursday, August 5, 2010

BuKaN KeSemPurnaAN yaNg Ku DaMbaKan...



-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-
Sebelum mata ini, melabuhkan kelopak matanya..ingin hati ini berbicara.Bicara dari seorang insan..Sekelumit bicara yang menyatakan firasat hati tanpa ucapan, tanpa perbuatan..hanya warkah diutuskan

Wajah itu
Bukan sempurna yang aku dambakan..
Cukupla redup mata memandang, sejuk hatiku menyapa..
Selayaknyer untuk ku krn diriku jua tiada rupe...
Namun aku bersyukur mempunyai hati utk terus mengabdikan diri padaMU..
Ade kudrat untuk terus sujud kpdMU..

Hati itu..
Bukan hendaknya sepenuh jiwa buatku..
Cukupla sekadar secebis kasih sayang yang kupinta..
tempat menumpang kasih, tempat menumpang perhatian..
mengadu suka dan duka..



Pekerti itu..
Bukan semaksum Nabi Muhammad SAW moleknyer..
kerana hanya dia kekasih-NYA
Cukupla menghormati yang lebih berusia
jujur, ikhlas dan setia dlm sebuah hubungan..
Ku harapkan seorang yang mampu menjadi nakhoda
Untuk melayari bahtera dilautan kasih..
Justeru sebagai kunci keluarga sakinah
Mawadah itu yang ingin ku cari..
Sakinah itu yang ingin ku telusuri...




Iman itu...
Cukuplah seteguh mana yang dia mampu..
harapan untukku dan bakal tanda cinta kami...
Penunjuk arah..
Ke jalan yang benar,menuju jadul haq (jalan kebenaran)
diredhai Ilahi ,dirahmati dan diberkati..


Jodoh itu..
Ketentuan Ilahi..
akan kutunggu suatu hari nanti...

Sunday, August 1, 2010

CoRetan Hati KuikhLaskan BuAtmu - Edisi 7



Mengikuti setiap hari info2 berkaitan Palestin tentu jua tidak pernah berakhir.Berbekalkan itu INSTEDT tidak melepaskan peluang untuk bersama2 menjayakan program yang berbentuk penghayatan terhadap kesengsaraan Palestin.Mungkin kite tidak mampu berjihad secara fizikalnya dengan membawa senjata, tetapi sekuranya kita boleh berjihad dengan menyalurkan bantuan kemanusiaan melalui sumbangan derma dan doa2 dititipkan kepada mangsa perang.Itulah yang dilakukan oleh INSTEDT dalam memberi kesedaran kepada pelajar2.Terdapat beberapa pengisian yang dilaksanakan dalam Minggu Al-Guds ini.



Buletin terbaru:
Jumaat, 30/07/2010 – Seorang perempuan Palestin cedera parah terkena letupan daripada ‘tubuh yang tak dikenali’ sehingga meninggalkan sisa-sisa disekeliling lapangan terbang antarabangsa Gaza, timur Rafah di selatan Semenanjung Gaza.

Menurut sumber tempatan, Masuda Rabah Abu Shalouf (21 tahun) mengalami luka parah dan akan dipindahkan ke Hospital Abu Yousef Najjar di bandar tersebut. Di bandar Beit Hanoun, utara Gaza salah satu pekerja telah ditembak oleh tentera zionis Israel dan dipindahkan ke Hospital Kamal Adwan. Menurut pengurus sektor kecemasan dan ambulans di Hospital Gaza, Muawiyah Hassanein, kecederaannya dilaporkan sederhana.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz

hARI Rabu bertarikh 28 Julai, Ana diminta untuk menjadi juri kepada program Pertandingan Nasyid dan Deklamasi Sajak bertema "Kedamaian dan Persaudaraan"anjuran Jabatan Kejururawatan dan Sains Kesihatan INSTEDT sempena Minggu Al-Quds.Seramai 5 kumpulan nasyid yang terlibat yang mana 3 kumpulan dari Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim dan 2 kumpulan dari Kolej Professional MARA.Manakala 6 peserta terlibat dengan mendeklamasi sajak.Ana teruja mendengar bicara dan bait2 sajak yang dilontarkan.Setiap peserta berusaha untuk menghayati bait2 sajak yang dideklamasikan.Sungguh teruja ana mendengarnya.Bukan Ana seorang yang menjadi juri pada waktu itu, tetapi bersama 2 orang lagi lecture iaitu En.Faizal dan En.Nasaruddin Mohd Fazali.Program ini bermula sekitar 2.30 petang dan berakhir pukul 5.30 petang.Alhamdulillah, pengalaman menjadi juri sungguh manis.


Disini ku selitkan sajak BANGKITLAH SAUDARAKU

saudaraku…!!
dimanakah kita…??
di saat saudara kita derita,
di saat darah mengalir di tubuh mereka,
di saat tangisan menghujani tanah air tercinta,

Saudaraku…!!
sedarkah kita…??
mereka di sana dinoda,
mereka di sana disiksa,
mereka di sana bertarung nyawa,

Saudaraku…!!
butakah kita…??
melihat mereka reba sebagai syuhada,
melihat hujan peluru yang membanjiri saban masa,
melihat yahudi bersorak meraih kematian saudara kita,

Saudaraku…!!
pekakkah kita,
mendangar rintihan mereka yang merobek jiwa,
mendengar letupan membinasa tubuh mereka,
mendengar lagu riang yahudi laknaktullah,



Saudaraku…!!
bodohkah kita…??
melihat perdamaian sebagai penamat sengsara,
menuduh saudara kita sebagai punca binasa,
lantang bersuara namun tiada hasilnya,

Saudaraku…!!
tak malukah kita…??
kita berharta,
tapi mereka,
melawan dengan pecahan batu-bata,
bangkit tanpa senjata yang gagah,
berbekalkan Allahuakbar,
mereka ke barisan pertama,
biar peluru menjadi hadiah,
mereka berundur selangkah

Saudaraku…!!
tak takutkah kita…??
bila Allah berkata,
apakah yang kita lakukan demi agama-Nya,
apakah yang kita buat demi Al-Aqsa,
apakah, apakah dan apakah…??

Bangunlah kita…!!
dari mimpi indah,
kita di ambang kesulitan,
agama kita diperlekehkan,
saudara kita diolok-olokkan,


bangkitlah…bangkitlah…bangkitlah…!!

Hari Sabtu (31 Julai 2010) bertempat di Dewan Besar KEJORA, berlangsung KONSERT BERSAMA UNIQUE a.k.a UNIC bertema "DARI HATI UNTUK PALESTIN".Alhamdulillah acara yang bermula pukul 9 malam ini berjaya menarik minat pelajar INSTEDT.Ana gembira kerana dapat menghadirikan diri bersama housemates dan rakan sekerja.Alhamdulillah.

CoRetan Hati KuikhLaskan BuAtmu - Edisi 6



-Dengan NamaMu Ya Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-

Sudah hampir sebulan bermusafir diperantauan yang jauh,sungguh jauh umpama berada di kutub selatan.Suka hati untuk ana memperkenalkan perkampungan baru Ana, walaupun asing tapi Ana berusaha meletakkan hati dan perasaan sayang pada Bandar Penawar.Keadaan Bandar Penawar nie umpama Bandar Kelahiran Ana iaitu Bandar Pasir Mas, Kelantan.Yang paling Ana bersyukur sangat sbb masakannya yang enak-enak dan memikat hati.Tidak pernah kurang selera Ana ketika berada disini.Alhamdulillah, kesyukuran dengan nikmatMu.Amin.

Sebagai sebuah bandar baru yang kian berkembang pesat, Bandar Penawar kini telah cukup dilengkapi oleh hampir semua kemudahan awam dan infrastruktur asas. Penyediaan kemudahan awam dan infrastruktur asas ini telah disediakan lebih awal lagi di kawasan ini dan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa oleh Lembaga Bandaran Johor Tenggara (LBJT).

Sehingga kini, antara kemudahan-kemudahan awam yang telah disediakan di Bandar Penawar adalah seperti masjid, surau, dewan serbaguna, balai raya, kompleks sukan, perhentian bas dan teksi, sekolah, balai bomba, balai polis, pejabat pos, klinik kesihatan, medan selera dan perpustakaan awam.Semua tempat2 nie hanya sekitar 10 minit dari tempat kerja Ana dan 15 minit dari rumah.

Antara Mercu2 Bandar Penawar.PENAWAR DI HATIKU.Penawar daripada lara.hikhik




Salah satu tempat makan kat Penawar, selain De' Anjung ,Dewanda Restoren dan Din corner.


Dewan KEJORA


Bangunan KEJORA


Terminal Bas & Teksi Bandar Penawar terletak depan INSTEDT.Memberi kemudahan kpd pelajar2 utk pulang ke kampung.


Perpustakaan awam terletak berhampiran dengan Dewan Kejora dan Tapak Pasar Tani


Tasik Penawar nie betul2 depan bangunan INSTEDT


Stadium Penawar.Pada hujung2 minggu lampu spotlight stadium ini akan bergemerlapan.


Satu lagi kemudahan sosial yang telah siap dibina adalah Perpustakaan Awam. Pembinaan perpustakaan ini yang telah diambilalih pengurusan sepenuhnya oleh Perpustakaan Awam Negeri pada 28 Mac 2005 yang lalu, mampu menarik lebih ramai penduduk ke Bandar Penawar untuk mencari bahan rujukan dan sumber ilmu.

Bagi kemudahan riadah dan rekreasi penduduk juga tidak dilupakan. Taman Tasik Penawar yang dibina di bawah program pengindahan bandar dan penempatan merupakan di antara kawasan rekreasi yang cukup menarik untuk dikunjungi di Bandar Penawar.

-Moga hati ini sentiase BahaGia daN ceRia-

CoRetan Hati KuikhLaskan BuAtmu - Edisi 5


-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Dah dekat seminggu menyepi tanpa membuka warkah penulisan. Berbicara dengan ayaman perasaan dan pengalaman kehidupan seharian.Hari ini mungkin ana mampu meluangkan masa utk berbicara seuntai kata, Ana amik kesempatan"berlapang sebelum datangnya sibuk".

Sepanjang dua minggu nie, ana rasa bersyukur dengan pengisian hidup menyertai program2 yang berbentuk ilmiah dan islamik anjuran INSTEDT.Alhamdulillah, masih ana merasai suasana seperti suatu ketika dahulu ketika berada di Universiti Islam Antabangsa Malaysia, Kuantan dgn kepadatan program-program yang bersifat keilmuan, keagamaan dan kerohanian.

Minggu lepas bertarikh 24 July 2010 (Sabtu), ana mengikhlaskan diri menjadi salah seoarang fasilitator utk program SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT.Majlis yang berlangsung sepanjang hari ini berkampung di Masjid Al-Syifa Bandar Penawar.Seikhlas hati,ana memang teruja andai sesuatu program bertempat dimasjid kerana pada penglihatan ana masjid ini mempunyai landskap yg tenang dan mendamaikan jiwa selain memiliki pelbagai kemudahan seperti bilik mesyuarat, dewan kuliah, dewan pengajaran, perpustakaan mini serta dataran yang luas.Masjid nie jua menjadi tempat persinggahan ana setiap hari ketika waktu lunch utk beristirehat selain menunaikan solat Zuhur secara berjemaah.Alhamdulillah, sekurangnyer ana ade kesempatan utk menunaikn solat berjemaah dimasjid.Sesibuk manepun dalam kite mengejar dunia, jangan mengabaikan perjuangan kite dalam mencari bekalan akhirat.Mencari dunia, sampai kiamat pun belum pasti cukup, belum pasti dapat melayani dan memuaskan nafsu yang sentiase membuat permintaan dan tuntutan.

Inilah Masjid Al-Syifa', Bandar Penawar.Kedudukannya hanya 5 min dari tempat ana mengajar (INSTEDT)



Jika kite menyingkap kembali susur galur ketika Nabi saw memilih membangun masjid sebagai langkah pertama membangun masyarakat madani, konsep masjid bukan hanya sebagai tempat solat, atau tempat berkumpulnya kelompok masyarakat (kabilah) tertentu, tetapi masjid sebagai majlis untuk mengendalikan seluruh masyarakat (Pusat Pengendalian Masyarakat). Dalam sejarah bahwa masjid pada zaman Rasul memiliki banyak fungsi :
1. Sebagai tempat menjalankan ibadah salat
2. Sebagai tempat musyawarah
3. Sebagai tempat pengaduan masyarakat dalam menuntut keadilan 4. Secara tak langsung sebagai tempat pertemuan bisnes
Bersesuaianlah dgn aktiviti INSTEDT kali nie iaitu Seminar yang secara langsung membantu mengimarahkan institusi masjid. Program Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat ini ialah program ilmiah yang mana bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar tentang betapa pentingnya menuntut ilmu dan menghayati budaya ilmu dalam kehidupan seharian disampaing meningkatkan keprihatinan, kecintaan dan kesedaran terhadap pendidikan.Secara tidak langsung, dapat membina kreativiti pelajar tentang idea-idea segar dan isu perkembangan semasa.

Bermula dengan pendaftaran seawal 8 pagi, dan disusuli dengan pembentangan kertas kerja:Proses Pembelajaran Efektif di IPT oleh Cik Marlina binti Md Jalani (Ketua Jabatan Pengurusan dan Perakaunan)

cIK mARLINA mOHD jALANI (Ketua Jabatan Pengurusan dan Perakaunan)


Sekitar pukul 10 pagi majlis diteruskan dengan Pembentangan Kertas Seminar:Kaedah Penyediaan kerja kursus di IPT oleh Dr. Siti Nurhani Ramli. (Ketua Jabatan Bahasa)

Pembentangan Kertas Seminar ke-2 oleh En. Baba bin Arba (Kaunselor INSTEDT) yang bertajuk "Cemerlang Dalam Peperiksaan :Impian Dan Realiti.



Pada sesi petang,berlangsung Forum:Menjana Matabat Kecemerlangan Diri, kini dan Selamanya daripada Perspektif Pembelajaran Sepanjang Hayat. Panel forum iaitu En.Baba Alba, Prof Madya Dr. Mat Jizad Abdol (Ketua Eksekutif INSTEDT), Cik Darenna Syahida binti Suib (Pengurus Akademik) dan Ustaz Mohd Fariiqul Amin bin Mohd Rosli (Pensyarah Pengajian Islam).Begitu rancak forum ini ketika berlangsung.




Majlis berlangsung dengan perbengkelan selama 30 min disusuli dengan sidang Pleno.Sungguh teruja pelajar2 mendengar setiap group berbicara dan melontarkan idea2 masing2.Tahniah utk semua pelajar dan fasilitator.




Antara fasilitator yang terlibat dengan program seharian ini.





Tahniah utk semua kawan2 seangkatan.Mencari sinar harapan dan kebahagiaan itu bukan sukar, hanya perlu diselami dengan ketulusan dan keikhlasan hati.Biarlah ape yang dilakukan keranaNya.
"WhEtHer We PLay LaRge Or SmaLL ROle, By WorKIng TogeTHer, We AChieVe OuR ObjeCtives"