To Reach The Top, Make No Excuses.. Sungguh kurasa, betapa Pengasihnya Engkau Ya Tuhanku.. betapa Penyayangnya Engkau Ya Tuhanku.. Engkau sentiasa kabulkan permintaanku, sentiasa kabulkan doa setiap hamba-Mu..sehingga akupun percaya, dan sangat percaya,bahawa Engkau pasti akan kabulkan impianku jua.. impianku..impian hamba-Mu Ya Tuhanku..
Thursday, July 15, 2010
diSiNi kuTemUi
Di Sini Ku Temui
CahayaMu Ilahi
Membuka Pintu Hati
Ke Jalan Kebenaran
Cahaya daripadamu Ya Allah..
Mengajar Kami Ertinya Ketaqwaan
Cahya daripadaMu Ya Allah...
Mengajar Kami Ertinya Ketabahan
Cahaya daripadaMu Ya Allah..
Memutih Hati Yang Kian Rawan
Cahaya daripadaMu Ya Allah..
Penawar Jiwa Yang Melara...
Di sini Ku temui
sahabat2 yang terbaik untukku..
..Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati, kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang , semakin ramai sahabat, semakin aku percaya pada diri. Aku selalu berharap agar mendapat sahabat yang sejati yang tidak pernah luntur, baiknya dalam suka atau duka, jika aku temui, aku ingin setia padanya(IMAM SYAFIE)
Disini jua Ku temui
cinta ikhlas dari seorang insan
"Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada
seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar
bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu".
Di sini ku temui..
sinat tarbiyyah..
Di sini jua ku temui..
pelbagai kerenah ragam manusia
Yang terkadang mencabar kesabaranku...
Itulah rencana hidup yg perlu disusuri..
ade manis, pahit dan tawar..
Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud: Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakit hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu bersabar dan bertakwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikit pun. Sesungguhnya ALLAH S.W.T meliputi pengetahuan-Nya akan apa juga yang mereka lakukan.(Surah Ali ‘Imran: 120)
Disini..dibumi Uia ini ku temui segalanya..
Bait2 lirik Suara Hidayah ini berbekas dihatiku..
suara ku dengar menyeru kepadanya
suara bergema memuji kebesarannya
suara memujuk kita mendekatinya
suara hidayah mengajak mentaatinya
itulah suara yang ku rindui
itulah suara yang kunantikan
itulah suara membawa kebenaran
itulah suara datangnya dari tuhan
sambut ia terimalah bila datang pada kita
kerna ia hanya datang pada hamba yang terpilih
tidak akan kau temui untuk kali keduanya
takkan dapat engkau cari bila ia telah pergi
Allah..
syukurilah dan amalkan
sampaikanlah pada siapapun
perjuangkan dalam hidupmu
moga rahmat Allah bersamamu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment