I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, July 12, 2010

PujuklaH DaKu deNgaN TarBiaH PencIPta..


“Jika hari ini diriku terlalu gembira dengan duniawi,
sedarkanlah aku dengan amaran Allah.
Jika aku bersedih, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta.
Jika antara kita ada tembok memisahkan leraikan ia dengan ukhwah dan jika pernah hatimu terluka lantaran sikapku luahkanlah agar aku berubah.
Namun satu pintaku, berjanjilah..ukhwah kita untuk selamanya”.
























Terasa begitu manisnya ukhuwwah....manis lagi dari yang manis...tidak dapat digambarkan dengan kata2....terasa begitu bersyukur dapat nikmat ukhuwwah. Ukhuwwah yang didasari ketaatan kepadaNya..setiap rasa perasaan boleh dikongsi dan diceritakan.... nikmat ukhuwwah fillah yang dimiliki menjadi tunjang kepd pembinaan sebuah masyarakat Islam.Ia seolah-olah banguan yang tersusun rapi dimana saling memperkuat diantara satu sama lain. Sabda Nabi:

'Sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang salih,jika sekiranya ia terlupa(lalai) ia menolong memberi peringatan dan apabila(temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya'

Kisah ini sudah berlalu, tika diriku berada di sem akhir pengajian di Uiam Kuantan.
Subhanallah...Allah memberikan kurnia kebaikan kepada diriku melalui teman....

Bermacam-macam nikmat yang Allah berikan kepada kita menerusi insan yang bernama sahabat..Sabda Nabi:

'Jika sekiranya seorang dari kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan memenuhi keperluannya(dan baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda) amalan itu lebih utama dari ia beriktikaf selama dua bulan di dalam masjidku ini'

Terase kesyukuran sangat sekarang, dengan izinNya dan pertolongan kawan2 ku sekelian dapat jugak diriku memdapat kembali cinta keduaku (laptop), sementelahla time skrg laptop penting sangat utk menyiapkan final year project..Ya Allah terase nak mengalir sangat air mata terlihat kebaikan kawan2..Tapi Emi tak mampu nak bayar dengan nilai wang, nilai emas atau harta benda..Emi doakan yang terbaik utk kawan2 yang dekat dgn Emi, sentiasa bagi semangat dan support kat diri time susah dan senang..

Time kasih tidak terhingga buat sahabat terbaik, Ahmad Jadulhaq yang sanggup bersusah payah menolong saya, kecian kat dia penin2 kepala utk settle masalah,awak macam my brother protective sgt.Time kasih atas segala pertolongan awak.
sahabat......
andai wadah persahabatan ini
kalamku merangkai dusta
langkah ku mencalar luka
bisikkan hasad merobek hatimu
susunan jari kuhulurkan
salam kemaafan kuluahkan
sahabat.......
tiada lagi harapan sebesar gunung
tiada rindu untuk kulayarkan
melainkan untuk persahabatan ini
bagai air mengalir
tiada perhentian.


Buat teman baikku Naddy, bersedia bagi pinjam laptop kesayangannya HP Pavillion tu..huhu terase terharu sgt..awak sentiasa bersama saya kan..sudah cukup buat saya bersemangat setiap hari

Sahabat baikku Mawaddah yang sentiase menawarkan pertolongan utk mbaiki laptop..Bukan ape Emi tak sampai hati sebab takut menyusahkan Hafiz dan Mawaddah..

Hari kelas tempoh ari, Emi sedar ketidakhadiran Kak Lin Baby ke kelas. Terus terdetik di fikiran, mesti Kak lin bjaga mlm utk format n detect problem utk laptop Emi…Terharu jugak sbb Kak Lin sanggup temankan Emi pi baiki kat kedai bsma My brother.

Mesej Kak Am kat Emi: “Salam Emi.sesunggunhnya kesusahan itu satu ujian.Allah didik kite menjadi sabar.Emi jangan la terlalu mengikut perasaan.come on. Bersemangat skit.makan jangan tak makan.ade hikmah disebalik sume nie. Kak Am tak sampai hati tgk Emi dok sedih2 mcm tu. Tak mau sedih2 lagi”…Kak Am msj Emi sbb Emi murung je dlm kelas tempoh ari.hehe

Time kasih gak kat adik cute Kak Am, cik fos..Cik Fos tawarkan Emi guna desktop dia tapi malulah ganggu kat bilik org.Ganggu ketenangan org pulak.tenkiu fos.
Doa seorang sahabat kepada sahabat yang lain juga diangkat dan pasti diperkenankan jika sahabatnya tidak mengetahui. Sabda Nabi:

'Doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain(sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui doa tersebut) adalah doa yang pasti diperkenankan, disisinya malaikat yang ditugaskan dimana setiap kali ia mendoakan kebaikan atau keselamatan untuk saudaranya, malaikat yang ditugaskan itu berkata; Amin dan bagimu seperti itu juga'(hadis riwayat Muslim).

Nikmat ukhuwwahfillah memang tidak dapat diganti....ianya hadir dengan keizinanNya....mohon padaMu ya Allah agar nikmat ini sentiasa memayungi hambaMu ini...


Nilai iman itu sebenarnya terlalu tinggi untuk dicapai
Malah, iman itu juga adakalanya yazid (bertambah)
Dan adakalanya yanquz (berkurang)
Namun..
Hakikatnya aku ingin sekali
Memiliki iman yang tak lekang dek panas
Dan tak luntur dek hujan…
Agarku bisa menjadi insan
yang sepenuhnya islah kepada-Nya.

Godaan itu juga sebenarnya
semakin kuat bila kita keseorangan…
Lantaran itulah…
Aku perlukan teman-teman
Yang sentiasa bersedia membimbingku
Untuk mencari dan menggapai redha-Nya.


Seperti yang diketahui
Teman itu adakalanya seperti penawar…
Sumber kekuatan kita
Dan adakalanya,
Teman juga seperti racun…
Melemahkan kekuatan kita.


Aku selalu berharap
Mendapat sahabat sejati
Yang tak luntur baik dalam suka atau duka
Yang tak hilang baik tika ku lemah ataupun bertenaga

Dan hari ini…
Aku mula mengerti
Sebenarnya masih ada yang setia
Yang sentiasa menyedarkanku dengan amaran-amaran Allah
yang sentiasa memujukku dengan tarbiah pencipta
yang sentiasa mengingatkanku dengan kehebatan syurga
dan sentiasa mendorongku menjadi dai’e mulia…

Terima kasih sahabat baikku…
Kerana kaulah sahabatku yang setia
Moga ukhwah kita untuk selamanya…

p/s:kawan2 lain pun banyak yang menolong dalam setiap hal..Allah SWT yang selayaknya utk memberi ganjaran pada kalian semua.





No comments:

Post a Comment