I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, August 8, 2010

CuTeNyer AwAk, BeTapa KeAjaiBan PeNcipTaanNYA


Artikle ini dipetik dari Metro Harian bertarikh 1 Ogos.Rasional Ismie memilih artikle nie krn si cute itu.Ismie tak pernah lihat ikan putih gebu secute itu.


ARTIK bukanlah tempat menarik untuk dikunjungi di bumi ini. Namun, walaupun keadaan di sana hambar dan beku, ada sesuatu yang istimewa boleh menceriakan suasana di sana. Gambar berikut menunjukkan bagaimana paus beluga membantu manusia menyelam di bawah lapisan tebal permukaan ais.
Di dalam air, dua paus beluga menarik tangan seorang penyelam menggunakan mulut dan memandunya keluar daripada kegelapan di bawah lapisan permukaan beku.


Jurugambar, Andrey Nekasov, 38, dari Odessa, Ukraine, pergi ke Laut Putih untuk tugasan mengambil gambar spesies mamalia itu secara dekat.

“Laut Putih menjadi habitat paus beluga kerana pihak pentadbiran zoo dan taman air sering melepaskan anak mereka di sini. Paus beluga membiak dengan baik kerana ada banyak anak paus beluga di sini,” katanya.


Menurut Nekasov, paus beluga peka dengan keadaan yang berlaku di sekeliling mereka. Mamalia itu menggunakan mulut untuk merasa.
“Paus beluga menarik tangan penyelam melalui mulutnya dan mengajak pasukan penyelam mengikut mereka menerokai suasana dalam laut,” kata Nekasov.

Sesetengah paus beluga di kawasan itu ditangkap dan kemudian dilepaskan semula ke laut selepas menjalani kajian. Paus beluga mempunyai 40 gigi kecil yang digunakan untuk menangkap ikan.


Spesies mamalia ini sememangnya bijak kerana mereka curiga apabila pasukan penyelam menggerudi permukaan beku di Artik.

Ketika permukaan beku selesai digerudi, paus beluga akan menaikkan kepalanya sebagai perbuatan menyambut ketibaan pasukan penyelam. Sebaik pasukan penyelam terjun ke dalam air, paus beluga seolah-olah mengajak mereka mengikutnya.

Nekasov dan pasukan penyelam pergi ke kawasan di Laut Putih itu dengan menaiki kenderaan khas. Apabila tiba di tempat sesuai, pasukan penyelam daripada Persatuan Penyelam Artik menggerudi satu lubang di permukaan beku.



Sebaik mengalihkan lapisan ais beku, penyelam bersedia untuk terjun menggunakan tali dan menyelam pada kedalaman lima meter.

“Menyelam dengan paus beluga memang seronok dan menjadi aktiviti popular di sini kerana mereka sangat ramah. Apabila kami bersedia untuk terjun ke dalam air, mereka menaikkan kepala dari lubang yang digerudi dan seolah-olah mengajak kami mengikut mereka. Paus beluga berlagak bagaikan pemandu pelancong di sini,” kata Nekasov. — Agensi

2 comments:

  1. subhanallah! comellllll..terima kasih pasal info ikan ni

    ReplyDelete
  2. diyah:betapa kekuasaan Allah swt..semua ciptaanNya adalah cantik dan pelbagai variasi.sama2 kasih,yang penting kita saling berkongsi ilmu atau info yg dimiliki.amin.

    ReplyDelete