I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, July 23, 2010

CoRetan Hati KuikhLaskan BuAtmu - Edisi 4



Hari ini bersamaan 7 Syaaban, merupakan hari yang paling gembira dalam hidupku.Hari nie ana dapat mengetahui dari rakan sekerja ana iaitu Rafiq Sumardi Omar, yang result LJM yang dinanti oleh sume kawan2 sekelian sudah di endorse.Sumber sources adalah seperti biasa Nur Hidayah Mazlan sbg wakil kitaorg .Dayah setia dihalaman UIAM Kuantan, bertugas sementara sebagai person who inharge paperlogic yang berkembang giat.Hari nie jua, ana Berjaya berpuasa menghabiskan sisa puasa qada, huhu kali nie memang lambat menggantikan puasa seperti sebelum sebelum nie yang terus sambung puasa enam.InsyaAllah, sampai Nisfu Syaaban akan terus ana gagahi puasa ini, walaupun hakikatnya sekarang nie nafsu makan bertambah2.Alhamdulillah, hari nie jua ana begitu terharu sebab sume housemates ana setia menemani ana untuk berbuka puasa.Hari nie umpama dah menjelang Ramadhan, berkebetulan petang tadi ada Bazar (Pasar Tani dibandar Penawar).Kedudukan Pasar Tani nie terlalu dekat dengan Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT), hanya 5 min andai berkereta. Lepas kelas ana dan kawan ana, Ain serta Hazwani (antara housemates dan colleagues tempat kerje). Sekitar kul 7 petang kelima-lima housemates ana berkumpul didepan makanan, menyajikan juadah masing-masing.

Disini ana berkenan untuk perkenalkan housemates ana yang ana kira sangat membuat hidup ana bahagia dan berseri. Walaupun tidak kurang dari sebulan mengenali mereka, tapi ana kira fikrah kami sume adalah kearah yang sama, iaitu lebih kepada penghidupan dan pengamalan Islam dalam penghidupan seharian.Housemate pertama ana, iaitu Nur Ain Mahat, jua merupakan kawan ana selama 6 tahun dah semenjak di matrik.Walaupun bukan kawan baiknya, tapi ana lebih selesa berkawan dengannya.Mungkin dia lebih sifat keterbukaan dan natural.Bekerja sama dengan ana, sebagai Lecture in Nursing yang memegang amanah sebagai guru kelas Sem 1 (Group A).Duduk bersebelahan meja dengan ana di office. Dalam office ana jua, ada seorang lagi housemates ana iaitu Siti Hazwani Mohamad Kamal (Wani), iaitu Pensyarah Syariah Islam.Alhamdulillah, at least apa2 kemusykilan kita sama2 boleh berkongsi.Dia sangat suka pada kucing, berkebetulan di rumah kiteorg ade seekor kucing yang kami namakan “Yoep”.Kucing yang putih gebu dikira antara yang menarik la di taman Mulia ini,berbanding kucing2 berkeliaran lain.Hehe disini, mau diceritakan bahawa budget untuk frieskiesnya aje Rm 9 seminggu.Jadi memandangkan budget yang dikira agak tinggi, kami mengajar Yoep agar makan juga nasi bersama sisa makanan. Seterusnya ana perkenalkan housemates ana yang lain iaitu Mahdiyyah, iaitu kaunselor baru yang sebatch umue dengan ana.Panggilan pendek hanya Diyyah.InsyaAllah, klu ada masalah berkaitan peribadi,pelajar,emosi, kerjaya atau ape jua bleh berhubung dengannya.Kiranya kiteorg nie bertuah memiliki housemates yang expert dalam pelbagai bidang masing.Suka dengan keperibadiannya, merupakan seorang yang ramah.

Housemates seterusnya, ialah Suci Aida Fitri Mohd Daha..Kak Suci nie kecik orangnya, tapi sbb dah berumur 25 thn, jadi kiteorg memnaggil panggilan kakak.Graduate dari Universiti Malaysia Sabah.Malam semalam kiranya, ana berborak dengan Kak Suci sampai kul 2 pagi berbincang pasal keadaan social yang dihadapi masyarakat umat Islam khususnya yang tiada penawarnya. Hanya berborak2 kosong dan berilmiah. Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat berkongsi dan mendengar pengalaman2 hidup, kehidupan semasa belajar dan dalam menuju menjadi hamba Allah swt yang diredhai. Kak Suci merupakan Pensyarah Matematik.Senang hati bila dapat berborak dan berkongsi cerita bersama kakak. 5 hari lepas, kami berlima menerima seorang lagi housemate baru iaitu Shahrul Nizar. Dia dapat title adikla dikangan kiteorang kerana baru berumur 22 tahun.Perangai dia hepi good lucky.Sentiase menceriakan kami sekeluarga.Nizar merupakan Pembantu Tadbir di INSTEDT, yang mana merupakan bekas student INSTEDT jurusan Diploma Pengurusan.

Alhamdulillah, ikatan antara kami boleh disimpul menjadi untaian tasbih, walaupun belum pun sampai sebulan bersama.Ana dah lama tak merasai nikmat housemates yang indah sebahagian rupe, yang mana dapat mengaji bersama selain menunaikan solat jemaah bersama. Walaupun kadang2 tak sempat utk bersama tapi dalam satu2 masa tertentu kami dapat berjemaah bersama. Biasanya, dikalangan kami semua akan pulang kerja sekitar 5.30petang. Sekitar sebelum menyambut suara azan Magrib, kami akan menatapi makanan malam bersama.Suasana nie memang amat bahagia.Disinilah kite sama berkongsi cerita pasal keluarga, peribadi, kerjaya dan ventilate feeling. Semua akan bergelak tawa, dgn hilai yang memadamkan segala kesepian hati berjauhan dengan keluarga masing. Alhamdullilah, kesyukuran ku panjat padaMU mengurniakan teman2 yang dapat membahagiakan diri ini, semoga kurniaan dan anugerah yang Engkau pinjamkan ini berkekalan keakhirnya.Semoga Allah SWT mengurniakan ana teman-teman yang menyayangi diri ana.Amin.

1 comment:

  1. It's so great to know that everybody is leading their happy lives. Friends are a part of us. Keep on going strong and for sure, friends will give their full support.

    ReplyDelete